Trip Balkan Winter 🇧🇦
You people who started the war,
You people who are killing our dearest,
You people who are burning our homes,
Throw down yours arms,
Throw away the beastly things that no one needs,
You’ll never separate our hearts from the people who died,
Because they always live in our minds….
Lepas solat subuh, masih gelap lagi, jam 5.45am kami dah checkout dari Airbnb kami, jalan kaki dalam 10minit ke Train station bersebelahan je dengan Bus station. Lepas kami ke kaunter tunjukkan printed tiket kami dan staf printkan the original tiket. Kami stay dulu dekat dalam station sebab cuaca sejuk betul kalau nak tunggu dekat platform..Train kami jam 6.45am. Cam biasa lewat sikit la train datang..memang dari luar tenguk train ni memang cam tak selera tapi dalam dia super selesa..🚂 👇 tiket yang kami beli online dan make sure print dan show dekat kaunter. Simple je dia punya temporary ticket 😆
Dari Mostar ke Sarajevo by train hanya 2 jam. duduk seat belah kanan utk view yang superb.
Beli tiket train online di SINI
Details Itinerary dan Budget klik di SINI
Seat banyak kosong so boleh duduk mana²..
The best river scenery is on the right hand side going from Mostar to Sarajevo
“Anda rasa, anda ada masa untuk tidur?”
Tiba² dari dalam train kami nampak satu perkampungan di bawah dengan view yang sangat berbeza. Tiba² kami di sajikan view putih penuh dengan salji..Ya ALLAH amazing experience
Ok kami sampai di Sarajevo train station, memula sampai tu cam saya agak terkejut sebab anggapan saya tentang Sarajevo ni terlalu tinggi. Dia punya station very simple tak seperti yang saya bayangkan BUT saya tak de la judge pape ye..cuma maybe my expectation terlalu tinggi 😆
Ni tunnel nak ke hall train station.
Oleh kerana masih awal dan kami dah set dengan owner apartment kami jam 12pm check in. So kami lepak² dulu sambil minum cafe.. Bosnian cafe memang sedap..sebenarnya nak dapatkan wifi tu yang beli gak cafe 😆
Dalam jam 11am kami keluar jalan dalam 5 minit ke bus stop. Ada kaunter kecik ke..tiket pun kecik.. dia panggil TRAM kat sini. Dalam tram ni very old dia punya kelengkapan. But driver kami baik betul..Dia belikan tiket tram dekat kaunter. Untuk dari Sarajevo beli tiket di kaunter tapi kalau anda naik tram dari mana² perhentian, boleh beli tiket dari driver je..Daru train station ke Old Town Apartment kami dalam 15 minit by tram. Macam biasa saya akan minta driver beritahu kami sekiranya kami sudah sampai (kena tunjukkan alamat tempat penginapan) so tak le nak sesat barat, jangan malu nak minta tolong..
Book hostel at Bascarsija area – Stari Grad
Ya ALLAH memang agak mencabar kami mencari apartment kami, cer uols tenguk gambar kat atas ni..pintu masuk nak ke bilik apartment kami. tanya orang ramai yang tak tahu..jalan dah betul kata orang ramai tapi tak jumpa pintu masuk..Last² atas kerajiann amirah baca dan cek satu² setiap pintu..baru lah jumpa..rupanya berejam² kami pusing dekat situ je huhu..Scary giler tenguk pintu masuk dia..pastu agak kotor dan bangunan² dekat sini berconteng²..🤷
Antara pengalaman kami semasa mencari dan bertanya orang di mana apartment kami, Ada seorang auntie ni dia speaking bahasa dia. Tapi kami paham je sebab dia show body language 😃 .. Dia kata kalau nak minta bantuan jangan beri HP kita pada orang tu pegang. sangat bahaya..Alhamdulillah sepanjang kami di sini jumpa orang yang baik²..
Oleh kerana tak ada internet, kami minta jiran apartment kami ni tolong call kan owner apartment dan dalam 15 minit dia sampai dan bila kami masuk bilik wahhh cam “don’t judge a book by its cover”. Walaupun bilik yang kecil tapi ada 5 tilam, ruang makan dan dapur. super bersih dan selesa haha..Jam 11.30am da masuk Zuhur, so kami solat dan explore Baščaršija. Baščaršija adalah bazar lama Sarajevo dan pusat bersejarah dan budaya di Sarajevo. Baščaršija dibina pada abad ke-15 ketika Isa-Beg Isaković mengasaskan bandar tersebut. Perkataan Baščaršija berasal dari bahasa Turki.
Itinerary
Depart from Mostar at 7 am
Arrive at Sarajevo at 10am, Check in, breakfast
• Baščaršija, Latin Bridge, Emperor Mosque
• Gazi Husrev bey Bazaar
• Old Town
• Potocari – Cemetery
Seblij adalah sebuah public water fountain yang dibina dengan buatan kayu dan batu. Air jernih yang sejuk mengalir tanpa henti dari Sebilj. Kebanyakan yang datang ke Baščaršija akan membawa botol air untuk menadah air dari Sebilj kerana airnya terus boleh diminum (tapi i x try). Air dari Sebilj ini dikatakan turun dari gunung berhampiran.
Ada banyak kafe dan restoran-restoran comel di Sarači street di mana memberikan vibe Grand Bazaar di Istanbul. Lagi-lagi kalau uols check out Gazi Husrev-begov bezistan market, masjid Gazi Husrev- begov and Medresa Seldżukija yang dahulunya adalah sebuah sekolah agama bagi Muslim.
Baščaršija adalah satu lagi bazar dengan produk tradisional yang wajib pergi di Sarajevo. Selain shopping ole-ole, uols juga boleh cuba makanan tradisi orang-orang Balkan, seperti Börek, Ćevapi dan juga memberi makan merpati yang banyak kat Sebilj, salah satu landmark popular di Sarajevo juga.
Di dalam kawasan old town ni melambak kedai² makan..semuanya di sini..Saya tenguk dalam kedai tu ada perempuan pakai tudung makan dalam tu, baru kami masuk haha..
Free wifi koooo..Jangan memain
Kami solat di masjid Emperor ni..Ada sorang kakak Bosnian tegur kami “Malaysia? Apa Khabar, Terima Kasih” So sweet…
Masjid Emperor adalah tempat penting di Sarajevo, Bosnia dan Herzegovina, sebagai masjid pertama yang dibina selepas penaklukan Ottoman di Bosnia. Ia adalah masjid tunggal-subdome terbesar di Bosnia dan Herzegovina, yang dibina dalam gaya Ottoman klasik era. -Wikipedia
Salah satu peristiwa paling terkenal yang berlaku di Sarajevo ialah pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, punca yang mencetuskan Perang Dunia Pertama. Pembunuhan itu berlaku di Jambatan Latin, salah satu jambatan Uthmaniyyah yang tertua di Sarajevo yang telah dibina pada pertengahan abad ke-16. Jambatan itu kecil je, dengan tiga lengkungan dan puncak menunjuk di pusat. Di hujung utara jambatan, di mana pembunuhan itu berlaku.
Dibina pada tahun 1532, Masjid Gazi Husrev-beg terletak di bandar lama Sarajevo adalah masjid bersejarah terbesar di negara ini, dan merupakan pusat komuniti Islam di bandar ini. Ia adalah seni bina Uthmaniyyah yang terkenal di bandar ini, dan dibuka untuk pelancong untuk mengenal sejarah masjid ini. Di luar adalah halaman terbuka yang indah dengan fountain, dan pintu masuk utama dihiasi dengan corak dan corak Islam yang complicated. Ia mempunyai beberapa kubah, yang merupakan ciri khas masjid Uthmaniyyah daripada reka bentuk seni bina Timur- Tengah. Walaupun kebanyakannya telah rosak semasa perang saudara, pada tahun 1996 masjid ini di bina semula kerana sejarahnya yang sangat bernilai.
ni burger dinner kami, portion dia memang besar. Sos cili Life tu kami bawak dari Malaysia..😂 belajar dari pengalaman masa travel europe dulu, siang malam makan burger dan fries dengan sos tomato..I cannot go dengan tomato..i kan tekak N9
Suasana dah gelap. kami singgah satu kedai dan tapau burger dan makanan tradisional Bosnia Ćevapi. Ćevapi adalah masakan negara Bosnia, dan mereka menggunakan kaedah memanggang daging ayam cincang dalam bentuk sosej, di dalam pitta atau roti rata dengan bawang dan sos. Sosej dia kecil², jadi satu bahagian terdiri daripada beberapa ćevapi. Hidangan ini bermula dari penjajahan Uthmaniyyah di Bosnia, kerana ia adalah hidangan yang murah dan mudah dibuat untuk pemberontak atau penjenayah. Ia banyak di restoran-restoran standard dan juga makanan jalanan yang popular – sesuai untuk hidangan masakan Bosnia.
Susah tau nak jumpa travelmate yang rajin macam Amirah.. Tenguk..Dia siap study setiap malam untuk itinerary kami seterusnya seterusnya seterusnya..
Day 2 di Sarajevo dan hari ke 10 jelajah Balkan kami..
Itinerary
• Walk around Austria-Hungary to Ottoman Empire
• Go to symbolic points East meet Wests
• Logavina street – only meaningful if we read the book
• Yellow Fotress/Bastion
Hari ni kami keluar apartment lepas zuhur. Lepas checkout, kami pusing2 di sekitar untuk cari tempat simpan bag sebab kami ada masa untuk berjalan² lagi memandangkan bas kami ke Zagreb, Croatia jam 10malam. Lepas pusing saya cuba tanya satu hotel ni, boleh tak kami tumpang letak luggage dan kami akan bayar. tapi staf tu kata boleh dan tak perlu bayar. Alhamdulillah. So kami sambung berjalan..
Sebahagian daripada sejarah terbaru Sarajevo adalah perang saudara yang tragis dan berdarah yang berlaku pada awal tahun 1990-an. Sarajevo adalah salah satu medan tempur utama antara pasukan Serbia dan Bosniak, termasuk pengepungan yang berlangsung hampir empat tahun (lebih lama daripada pengepungan Leningrad dan Stalingrad). Perkuburan Memorial Kovači adalah khusus untuk Bosniak yang hilang semasa pengepungan ketika mempertahankan diri dari penyerang Serbia, dan akibatnya ia juga dikenali sebagai Pemakaman Martir. Juga dikebumikan di tanah perkuburan adalah presiden Bosnia yang pertama, Alija Izetbegović. Berdekatan adalah bukit (‘benteng kuning’) yang menghadap ke perkuburan, yang merupakan tempat yang indah tetapi juga cantik untuk melihat sunset di bandar.
Hari ini adalah birthday saya..yuhuuuuu..atas ni dessert Amirah..manis dia buat saya mengucap..
Logavina Street adalah mikrokosm Sarajevo, pelajaran sejarah selama enam blok. Selama empat abad, ia wujud sebagai kawasan kediaman yang aman di sebuah kota yang menawan yang terkenal dengan toleransi etnik dan agama. Di jalan ini 240 keluarga, Muslim dan Kristian, Serbia dan Croat hidup dengan aman damai bersama, bersatu dengan identiti bersama mereka sebagai Sarajevans. Kemudian perang menghancurkan segalanya. Anyone yang nak details kisah Logavina Street ni kena google or baca tulisan buku oleh Barbara Demick 👇 menceritakan kisah Perang Bosnia dan penyerbuan tiga tahun Sarajevo yang ganas dan dahsyat menerusi kehidupan biasa warganegara, yang berjuang dengan kelaparan, kemiskinan, api penembak jitu, dan perisai. Logavina Street menceritakan perang yang berlaku dan kesannya kepada rakyat Bosnia dengan mendedahkan kepahlawanan, kesedihan, ketahanan, dan kepercayaan.
Yang bangunan kuning tu ialah Dewan Bandaraya Sarajevo, yang dikenali sebagai Vijećnica, terletak di bandar Sarajevo. Ia dirancang pada tahun 1891 oleh arkitek Czech Karel Pařík, tetapi kritik oleh menteri, Baron Benjamin Kallay, menyebabkan dia berhenti bekerja pada projek itu. Wikipedia
Sebelum ambil bag, kami singgah dinner dulu di kedai makan area old town. Masuk kedai Kebab. Serius kebab dia sedap gila.. Kedai makan kat sini saiz kecik² je.. so lepas makan sila blah.. kalau ramai orang la.. cam kami kat gambar atas ni, kami makan dengan tenang..
Lepas solat Jama’ di Masjid Emperor, kami ambil bag dan tunggu tram (depan bangunan Dewan Bandaraya Sarajevo) dan lepak di bus station bersebelahan train station yang kami sampai semalam. Rezeki Amirah 1st time snow turun dengan lebatnya malam tu.. Naik je bas tidoooooo..perjalanan ke Zagreb, Croatia 🇭🇷
Senang cerita, Sarajevo penuh dengan Sejarah Uthmaniyah dan Sejarah peperangan dia dan walaupun sudah lebih 20 tahun rakyat Bosnia masih sedang merawat hati dari kesan peperangan saudara itu.
Tak perlu visa..apalagi..g la Bosnia😉. kita bantu pulihkan ekonomi Bosnia dengan melancong ke Bosnia..
Budget per person:
• Train Mostar to Sarajevo – RM30.00
• Tram – RM8 (return from Old Town to Bus Station)
• Cozy Apartment in heart of Sarajevo – RM45.00
• Overnight Bus from Sarajevo to Zagreb – RM127.50 Croatia Bus (8 jam)
Antara buku² yang best untuk tau mengenai Bosnia:
https://www.goodbyesarajevo.com
https://en.wikipedia.org/wiki/Zlata’s_Diary
https://www.goodreads.com/book/show/18114161-the-bosnia-list
Apa yang buat saya seronok menulis di blog ialah saya akan secara tidak langsung mengimbas kembali memori dan study pasal sejarah sesuatu tempat itu..Alhamdulillah semoga pengembaraan kami ini memberi impak yang positif kepada saya dan semua..❤️️❤️️❤️️
Full Itinerary HERE
Sambungan next trip jelajah Balkan kami ke Zagreb, Croatia