Trip Balkan Winter 🇭🇷
Plitvice Lakes National Park is one of the oldest and largest national parks in Croatia. In 1979, Plitvice Lakes National Park was added to the UNESCO World Heritage register. The national park was founded in 1949 and is in the mountainous karst area of central Croatia, at the border to Bosnia and Herzegovina. The important north–south road that passes through the national park area connects the Croatian inland with the Adriatic coastal region.
The protected area extends over 296.85 square kilometres (73,350 acres). About 90% of this area is part of Lika-Senj County, while the remaining 10% is part of Karlovac County. Each year, more than 1 million visitors are recorded. Entrance is subject to variable charges, up to 250 kuna or around €34 per adult per day in summer 2018. – wikipedia
Trip Balkan Winter (Zagreb, Croatia) Day 11
Bus station di Sarajevo..kecik je..musim winter ni semua duduk dalam ni..memang ruang dia small tapi ok la..boleh beli tiket bas di sini tapi saya da siap² beli online DISINI
Details Itinerary untuk budget boleh download di SINI
Kami naik Croatia bus 26€. Perjalanan 8 jam. Mana² perjalanan yang melebihi 7 jam , kami akan ambil overnight bus atau tren.
Print sesiap tiket..
Alhamdulillah berpijak di Zagreb, antara country yang tak pernah saya terfikir akan ke sini. Memula bila tanya orang. “best tak zagreb” ramai yang kata “Zagreb x de apa. just old town” but for me zagreb ada people yang baik dan segalanya. kita ni kalau travel just nk tenguk tempat cantik tapi tak nak involved dgn people kat sana cam “what’s wrong with you?” lihat dan berlaja benda yang baik dan boleh di jadikan contoh. Serius croatian memang baik. Ada yang siap tolong call kan Airbnb dan make sure kami safe. Kebetulan saya sampai di sini snow mula turun dan sangat special buat amira because this was her first experience..dan lebih bahagia semua public transport free for weekend.. MasyaAllah (Croatia antara negara yang serba serbi mahal).
Sampai je di Autobusni Kolodvor Zagreb, kami ke kaunter cari tiket bas untuk ke National Park Plitvice untuk esoknya. Dun worry ada beberapa company bas yang jual tiket ke Plitvice. Beli return sesiap.. Senang.
Itinerary day 11:
• Ban Jelacic Square
• Park Zrinjevac
• Dolac Market
Budget per person:
AIRBNB alter1 (2xNight) – RM90
Transpotation – FOC for weekends until Jan 2019
AirBNB kami di Zagreb.. agak jauh dari city kena naik bus dan tram tapi alhamdulillah kebetulan kami sampai sini semua public transport dalam city free untuk weekend sehingga Jan 2019..😍. Sebenarnya kami tak tahu pun free PT weekend. Kebetulan brother yang kami tanya di Station bas tu cakap. So save budget kami RM100+ 💰
Pengalaman semasa mencari AirBNB ni saya tak dapat hubungi tuan rumah so hampir 1/2 jam juga menunggu di luar cari sesiapa yang boleh tolong call kan owner..Alhamdulillah ada sorang mamat ni tolong call kan dan rupanya kunci , owner da letak kat tempat tersorok haha..sebenarnya memang susah tak ada internet.. Negara Balkan ni tak macam negara europe cam UK, paris, ireland swiss semua..kita leh guna satu simcard data internet untuk byk negara..agak mencabar. Sesiapa yang pergi by group yang ramai.maybe boleh beli sim card setiap negara dan share la kan hehe..💸
Sepanjang trip Balkan kami, kami memang menggunakan 100% public transport
Lepas solat semua. kami keluar dan alhamdulillah di Zagreb ni free wifi di mana² (city)..tapi ada juga cam ada shop yang free , kami ni just try n error je..
sila naek tram no 7,6 atau 8 n stop kat Folnegovićevo Naselje Station dan jalan kaki dalam 15 minit melalui residential flats untuk ke Masjid Zagreb. Senang guna je Google maps..
Tak lupa gak kami ambil kesempatan ke Masjid pertama di Zagreb dan lunch di situ. Jumpa satu bas Malaysian dan kami berborak² alhamdulillah. Zagreb membuatkan saya belajar banyak attitude manusia. respect each others. help each others. cuma kalau anda berjalan dengan kawan² dgn jumlah yang ramai, jangan la gelak dan bercakap dengan nada yang kuat. di mana² jua. Anda tak perlu menarik perhatian mereka dengan cara yang kurang sopan. Dah lah memang mereka ni suka tenguk kita atas bawah maybe sbb kita ni berhijab dan agak jarang bg mereka. Anda representing Malaysia bila anda berada di mana pun. So behave..Apa yang saya perhati mereka di public, saya x jumpa pun berkumpulan menyalak2 apabila bercakap dalam group,,ketawa berdekah2 pun x de..beza kalau kita di sini, kalau boleh 100meter nak orang dengar, bajet nak tarik perhatian..mehhh..fine bebel.. 😉🤗 ❄
Park Zrinjevac ⛄.. Boleh main luncur ais kat situ..
Meriah betul kat sini sebab dah nak Cristmas kan. Alah cam kita kat Mesia nak sambut Hari Raya.. meriah dekat Jalan tunku Abdul Rahman.. Dengan lampu2 cantik gilos.. ⛄
Dolac Market
Kami melepak kat sini sampai ke malam.. Seronok betul sebab ada satu bas khas yang di pandu oleh Santa haha.. cute betul.. Ini pengalaman pertama saya melihat negara orang sambut perayaan mereka..Kat sini jam 5pm dah gelap.. So far alhamdulillah kami da boleh adapt time di sini. Kalau tak, seminggu awal tu kami tidur jam 7pm bangun/breakfast jam 3am 😜. Now kami paksa² juga tidur jam 10pm ke atas dan bangun dalam jam 5am camtu..Bila winter ni siang pendek dan malam panjang.. So subuh dlm jam 5am camtu..
Hari ke 2 di Zagreb dan hari ke 12 kami menjelajah Balkan
Itinerary day 12
• Plitvice National Park
Budget per person:
• Bus return Zagreb-Plitvice-Zagreb – RM104.00
• Entrance fee Plitvice (ikut musim) winter – RM45.00
IG Highlight – noratajharun
Trip Balkan Winter (Plitvice, Croatia)
View dari AirBNB kami, ni kira cam kampung di Zagreb, dia jauh sikit dari city dan tenang je..rumah mereka kat sini agak rapat dan share dalam blok bangunan² dan cute je saiz dia tapi mmg cantik dan bersih Croatia ni.
Untuk ke Plivice, Kami naik bas dari station bas yang sama semasa kami turun dari Sarajevo semalam. Plitvice Lakes National Park antara tapak UNESCO World Register.
sempat nap
Make sure kalau naik bas time winter duduk seat depan sekali. Perjalanan dr Zagreb ke Plitvice by bus dalam 2jam. Tak sampai satu jam dari bandar zagreb. Terus nampak perubahan pada bandar² untuk ke Plitvice. Kelihatan keseluruhan nya putih saja. Subhanallah. saya memang plan nak duduk seat paling depan dalam bas, so boleh la capture picture. 4 musim dengan berbeza view. Ada yang cakap time summer lagi cantik. tapi for me, x pe. Saya tengok dari view winter. .. Tetiba macam masuk dalam dunia lain..Honestly saya memang tak sangka kami akan dapat view yang camni.. REZEKI..
Before masuk, ada kaunter tiket. Oleh kerana kami pergi bulan December so memang murah banyak just 8€ atau 55HRK. Klik SINI untuk info pasal Tiket atau National Park Plitvice. December murah sebab musim sejuk, view dia cam putih je dan banyak trek yang di tutup..Ye la..ko jalan x nampak tanah langsung (ni time saya pergi lah) so agak bahaya juga..
Time sampai sini salji turun dengan lebatnya cam tak boleh bawak bincang..
Besar lake ni. Make sure bawak air dan makanan if ke sini..
Nasib baik aku pakai baju PINK. 😜 baru nampak ceria sikit gambar ni.. huhu
Yang atas ni version musim summer. totally different (gambar google). If sesiapa tanya saya yang mana best?..(tepuk dada tanya hati) 😉
Frozen
Narnia
Bagaikan dalam National Geografi. Cuma waktu winter tak banyak track yang di buka dan tiket masuk lebih murah. waktu winter 3 jam da cukup nak cover. Tapi kalau summer spent la lelama.. sebab tempat ni memang cantik dan luas. Bawak bekal makanan kalau ke sini. Boleh feeling view Sepanjang jalan di sini mulut kami tak henti² sebut ‘cantik’.
Elsa & Anna 👭
Lepas puas snap dan jalan² kami menunggu bas balik ke Zagreb (Make sure if anda beli tiket bas return, tanya staf kaunter masa beli tu , ‘nak balik tunggu di mana dan jam berapa’, so uols kena tunggu je bas di situ..Nanti ada bas akan stop dan akan cek tiket uols).. jam 5 ptg da marghrib kat sini. dia punya sejuk jangan cakap la. Tapi masa jalan² dalam Plitvice National Park ni tak sejuk langsung. Siap berpeluh lagi..haha. so sesiapa yang ke Croatia wajib datang ke Plitvice. sebutan dia “Plit Vi Se”. 😊 🇭🇷
Tak ramai orang di sini kami ambil masa +- 3 jam di sini. Sementara tunggu bas nak balik kami mengopi dulu dekat satu2nya cafe yg masih buka di hadapan pintu masuk Taman Negara ni.. Lepas Cafe da tutup, kami lepak plak dekat toilet , antara satu2nya tempat yang hangat sikit haha.. NO CHOICE guys.. pastu rupanya ramai yg lepak dlm toilet Antaranya team dari Korea dan India.. Yeah Kami Asian haha..
Bas tak punctual.. lewat 1/3 jam..huhu memang membeku aku..Alhamdulillah sampai AirBNB jam 9pm camtu..
Hari ke 3 di Zagreb dan hari ke 13 kami menjelajah Balkan
IG Highlight – noratajharun
Trip Balkan Winter (Zagreb, Croatia to Budapest, Hungary)
Itinerary day 13
• Zagreb to Budapest
Budget per person:
• Bus Zagreb to Budapest – RM86.85
Hari ni, pagi tak ada plan ke mana² just mengemas, bersiap untuk next journey ke Budapest, Hungary. Bas kami dari Zagreb ke Budapest jam 1.30pm so text owner Abnb kami minta izin keluar lewat sikit. Di sini checkout untuk penginapan mostly jam 11am. So minta jam 12pm . Nak lepaskan solat zuhur. So senang sikit.
Jam 12 kami check out dan gerak ke Bus Station yang sama semasa kami datang Zagreb. Dan masa dalam tren agak panik juga sebab weekend so tren memang full so lama stop setiap perhentian. So saya cakap dengan Amirah “Ok Amirah, cikgu da mula panik” sebab bas kul 1.30pm. Kami masih lagi dlm tren x sampai² lagi bas station. Lagi 15 minit bas nak gerak, kami pun berlari².. Alhamdulillah sempat fuhhhhh..depa lambat sikit sebab cek passport bagai so saya sempat pergi tandas dan beli fridge magnet haha..
Kami beli online tiket bas dari Malaysia, Just print dan tunjuk je..Flixbus ni ada apps lagi senang install dan show je dekat driver tapi oleh kerana saya punya phone da full, malas nk install any apps..Saya ni kekdang more tradisional skit..suka hardcopy sometimes..👵. Beli tiket Flixbus DISINI
Super selesa Flixbus ni dan punctual.. ada tandas semua dalam bas..
Setakat saya travel naik bas ni. Bas sentiasa penuh. So any traveller please jangan try and error nak beli tiket bas last minutes. At least beli sehari awal di kaunter di sana pun ok.
Perjalanan dalam 5 jam dari Zagreb to Budapest..
Sampai di border nak masuk ke Hungary, semua penumpang turun untuk Imigresen cek dan cop passport. Tetiba saya da amirah punya passport paling last dan dia panggil masuk dalam kaunter tu dan saya cam “jangan la banyak songeh harapnya” ..Alhamdulillah lepas saya jawab dengan baik dan confident, dia senyum dan cop passport kami..lama gak la..kesian penumpang lain menunggu haha..LEPAS
Sambungan dari Zagreb ke Budapest, Hungary