Grande Mosquée de Paris

Masjid Grande Mosquee De Paris

Grande Mosquée de Paris (“Masjid Besar Paris”), telah diasaskan pada Perang Dunia Pertama sebagai tanda berterima kasih Perancis kepada tentera kolonial Muslim yang menentang penjajahan Jerman. Masjid ini dibina mengikut stail mudéjar dan menara masjid tersebut adalah setinggi 33 meter.

Masjid Agung Paris (Grande Mosquee de Paris) terletak di pertigaan Rue Dauberton dan Rue Geffrey-Saint Hilaire Paris Ile de France, kira kira 7-10 Km dari menara Eiffel. Jumlah menara cuma satu dengan ketinggian lebih kurang 30 meter dengan kubah utama yang lain daripada yang lain, iaitu berbentuk lima pentagon, bukan bulat seperti kebanyakan masjid yang kita kenal. Kubah bulat sebenarnya juga ada dan berwarna putih, sebuah berukuran besar dan dikelilingi dengan kubah yang lebih kecil. Betul2 bulat tidak seperti umumnya kubah masjid yang kita kenal di tanah air.

Interior bahagian dalam juga didominasi warna hijau, terutama karpet / sajadah untuk solat.  Tak lupa disediakan taman juga  yang cukup sedap dipandang mata. Saya tak tahu juga, apakah taman di masjid ini juga digunakan untuk dzikir atau sekadar hiasan penyedap mata. Kaligrafi di tembok yang biasanya sering kita jumpai di masjid masjid di Malaysia ternyata hampir tidak ada di masjid ini. Yang meyakinkan saya bahawa gedung ini benar benar masjid sebenarnya hanya menara masjid dan seramik seramik yang terpasang ditembok saja. Seramiknya sangat khas sekali ornamen Islamnya.
Artikel dan gambar dari Google dan Wikipedia dan blog
Scroll to Top