Paris –> Geneva Swiss –> Interlaken
Bismillahirahmanirahim
Lepas solat subuh, saya dan didee berpisah sementara..Didee balik ke UK sbb ada program, interview n class. Tq didee teman saya berjalan..Maka bermulalah pengembaraan solo saya..Lepas drop luggage saya menuju ke Gate yg di tentukan..Saya menaiki Air France Airline ke Geneva, Swiss. Masa ni mmg masih agak moody lagi sbb cermin mata hilang so bila nk tengok signboard kene dtg dekat2..kang salah masuk gate bagai..
Saya pun x perasan yg saya berjalan sorang, kekuatan tu datang maybe sebab hilang spek, byk pikir kat situ dan pastinya sbb nk g swiss haha.. Naik flight terus depa bagi Roti Croissant dan air oren. perjalanan lebih kurang 2 jam..so sempat la tidur. Sampai je di airport Geneva pagi +-9am, ambil bag dan tetiba saya di suruh ke tepi oleh pegawai Imi disana, hampir sejam saya di soal siasat dan bag saya di geledah..pastu paket2 makanan Brahim saya di rampas atas alasan meat (daging x di benarkan) padahal sebelum saya da google n bertanya gang2 backpakers lain, lepas je meat..saya tetap tabah n cool.. sampai saya cakap dekat pegawai tu, ini sahaja makanan yang saya ada dan saya tak mampu nak beli makanan di swiss..depa buat x tau je..bertabahlah..bertambah ringan la bag saya..huhu..x de rezeki saya..
lepas di benarkan keluar, saya terus mencari kaunter tiket untuk beli Swiss Pass Day untuk 4 hari..berpeluh nk bayar rm1200 harga tiket utk 4 days tp you have to klu nk merasai keindahan Swiss. Dengan Swiss ticket ni saya boleh manggunakan apa saja kenderaan awam seperti train, bus, tram, cable car etc. Tapi bagi train-train yang naik ke gunung2 tu saya dapat diskaun kalau tunjuk pass ni. Senang kalau beli pass ni. Untuk cerita lanjut pasal Swiss pass bleh refer kat link Swiss Pass ni. sesiapa yg nk ke Swiss kena study dulu sbb kos kt sini mmg tinggi..
lepas bertanya itu ini bagai kat kaunter tu camne nak ke Interlaken, saya terus berjalan menuju ke Stesen keretapi. menunggu jugak la tp schedule da ada..so tunggu je la..perut la lapar sbb td setakat makan sekeping roti..bkn la kenyang sgt..
Saya x plan pun nak berjalan2 di Bandar Geneva ni, sbb ramai review cam x de pape sgt, so saya plan nk terus ke Interlaken di mana saya da book hotel kat sana. tapi apapun saya share sedikit pasal Geneva ni .
- salah sebuah pintu masuk ke Switzerland selain dari Zurich dan jugak Basel.
- sebuah bandar agak besar yang dihuni oleh penduduk seramai 200,000. Maybe lebih
- bahasa utama yang digunakan adalah French. English is widely used as well. Bila bercakap tu memang kedengaran keteranan dorang. Bonjour, merci adalah ucapan yang selalu didengari.
- semua tanda jalan, signboard, advertisement dalam bahasa perancis.
- kedai jam mewah dari jenama Philip Patek, Tag Hauer, Tissot, Victorinox dan macam-macam lagi memang boleh nampak di merata-rata. Price wise of cos la murah sebab swiss made kan.
Sampai je kat dalam stesen terus tengok skrin nak cari platform mana yang patut pegi.
Untuk perjalanan kali ni, memang saya dah aim untuk naik salah satu panoramic scenic route train yang ada kat Switzerland ni. Ada banyak jenis yang boleh kita pilih.
Antara Top 5 Scenic Routes in Switzerland:-
- Bernina Express (3 hours journey from Chur or St. Moritz to Tirano)
- Wilhem Tell Express (3 hours++ from Lugano or Locarno to Lucerne)
- Golden Pass Line (4 hours++ from Montreux to Interlaken via Zweisimmen)
- Glacier Express (7 hours++ from Zermatt to St. Moritz)
- The Chocolate Train (Time? From Montreux to Gyuyere Castle)
Untuk keterangan lanjut berkaitan routes kat atas, boleh la baca —> HERE
Kalo tengok kat routes yang cantik-cantik kat atas tu, memang kalau boleh nak naik semua. Yela, dah alang-alang dah beli Swiss Pass haruslah lenjan cukup-cukup kasik berbaloi. Tapi harus ingat tak semua scenic routes ni bermula dari starting points yang sama. Ada yang belah utara ke selatan, timur ke barat bla bla. So, know your starting points.
Dalam kes saya, since saya bermula dari Geneva maka the nearest starting point would be from Montreux untuk naik Golden Pass Line. Jom pegi ke Platform 6! Sebab train dijangka tiba di platform tu.
Golden Pass Line ni adalah panoramic scenic train yang meliputi kawasan dari Montreux hinggalah Luzern yang jumlah jarak perjalanan adalah 210 km. Tetapi, untuk sampai dari Montreux ke Luzern, kita perlu menukar 2 kali train yakni di stesen Zweisimmen dan jugak Interlaken.
Train bukan lalu dikawasan tanah rendah tetapi mendaki gunung yang paling tinggi pada ketinggian 1274 meter dari paras laut. Fuhh~ tinggi wooo. Tu yang menjadikan ianya lebih syiokkkk.
Untuk info lanjut pasal Golden Pass Line ni —> http://www.goldenpass.ch/
Train Golden Pass Line ni memang dah sampai kat Platform dlm 20 minit awal. Terus la naik cepat-cepat untuk chop seat sebelah tingkap. Semangat nk chop2 tapi bukannya ada orang sgt pun..Tiket saya 2nd class, tapi still rasa selesa yang amat walaupun 2nd class coach je. Tingkap pun bukan main besar lagi.
Tanpa lewat walau seminit, train Golden Pass meninggalkan platform menuju ke Interlaken. View sepanjang perjalanan tu toksah cakaplah. Samada kiri atau kanan, dua dua menakjubkan! Tangan tak lepas dari duk snap-snap gambar walaupun ade biasan cermin. Haishh tu je yang aku kurang gemar. Pantulan lampu ke cermin tingkap nampak agak obvious. But still, the views are superb!
standby je swiss pass tu sbb akan ada staff yg akan check pass uols..tapi staff dia sgt la friendly even pada warga negara mereka sendiri..”how are you, can i check your ticket please..ok tq, enjoy your day” ..berbeza betul dgn staff KTM kat Malaysia..muka menyinga..kutuk mesia lagi..
Makin lama, train tu makin naik ke atas, jadik memang boleh nampakla view dari atas gunung. Switzerland, negara kecil yang mendapat jolokan ‘the paradise on Earth’. Negara yang sangat cantik dan penuh dengan ‘MUST SEE’!
Subhanallah punya la chantekk sampai lupa kes hilang cermin mata dan Brahim pek makanan saya yang kena rampas tu..betol didee kata ada hikmah..Allah nk bagi yang lebih baik insyaALLAH..
Bila dah naik train lama-lama ni, nak amek gambar pun dah takde posisi yang sesuai. Maka, simpan kamera kita seatback and relax. Enjoy the view of His Creation. SubhanaALLAH. Memang lawa sangat! The pictures won’t do the justice I tell you.
Dalam perjalanan ni, memang x de prasaan nk tidur. Memang view akan sedikit-sedikit berubah dari satu tempat ke satu tempat. Walaupun ianya hanyalah gunug-ganang, but still it will give you different environment. Kat Malaysia takde macam ni woooo…Make sure jangan tidur walaupun perjalanan hampir 3 jam..perut yang lapar pun senyap sunyi x berbunyi..
Selamat sampai di Interlaken Ost Station dalam jam 2+-. terus google maps cari hostel yg da booking guna booking.com..pastu tgk dlm google x la jauh sgt..leh jalan kaki je..lalu tepi sungai yg hijau, saya cam nape sungai dia jernih dan hijau..confuse x abes2..haha..
tu dia hostel saya..
sesampai tgk kaunter tutup..kul 3 baru bukak..camtu la style hostel..tapi sebelum booking mmg dia da bgtau office hour dia so follow je..lps check in, terus masuk bilik rendam maggie dan solat..lapooooo..
bilik ni tersangat la cute..cuma ada katil dan sinki..toilet n bilik mandi kat luar..al maklum la swiss ni kan serba serbi mencanak2 mahalnya..tp bilik ni selesa..
ptg skit saya berjalan2 sekitar interlaken n plan nk jalan2 di tasik yg sgt popular iaitu tasik Thun dan Brienz.. dengan menaiki bas saya berhenti je mana2 location sbb semuanya best la n mmg bas melalui sepanjang tasik tu..Subhanallah..dengan gunung2 di selaputi salji n tasik yg menghijau..Subhanallah sgt mendamaikan dan Ya ALLAH cantiknya ciptaan ALLAH s.w.t..rasa nk nanges pun ada.. Dun worry dalam bas tu ada screen , dia akan beritahu nama2 stesen so tekan je loceng..ala cam naik bas rapid KL..yang penting rajin bertanya if cam lost.. orang swiss sgt baik2 dan peramah..i love swiss..
boleh shopping di Interlaken bg sesiapa yang suka shopping or nak beli samtin. Disini uols boleh membeli koleksi jam tangan, pisau dan barang-barang berjenama yg dibuat di switzerland.
Coop ni terkenal kat sini cam kedai 7 eleven la..semua ada kat sini..
lepas da jalan n naik bas n naik cabel car (semua guna swiss pass tu je), , jam da kul 7 lebih..so balik ke pekan Interlaken, cari makanan yg boleh makan, byk kedai India, so masuk satu kedai ni , cong ceng cong ceng dgn staff situ psl makanan yg boleh saya makan as a muslim, so saya pilih vege burger..mak ai mahainya burger dia..aku da kata pentingnya brahim klu nk g swiss.. 7.5 CHF bersamaan RM33..
balik hostel makan.. Ya ALLAH sedap giler burger dia..serius x tipu..rasa nk beli lagi tp bila pikir rm33 BUKAN RM3.30 maka telan air liur je..lepas solat marghrib n isya jama..kemas2 bag dan tidur yg sgt lena..
Bila da start travel sorang ni, mmg saya da set x akan jalan memalam sbb faktor keselamatan, even kita berada di country paling selamat sekali pun..say never ok..