Koh Lipe ‘Maldives Of Thailand’

Langkawi -> Koh Lipe

Bismillahirahmanirahim

Ramai kata Koh Lipe ni ‘Maldives Of Thailand’. Sebenarnya x de la rancang nk ke sini tapi bila Air Asia buat free seat yang kena gak bayar seat dia Rm82.+ return so terus teringat dengan Koh Lipe..so let’s go to small Island in Thailand..Passport wajib tau, visa tak perlu 🙂

Hari pertama.

Sampai KLIA2 terus lepak kat surau dan berborak dengan sorang kakak ni, dia ada meeting kat Langkaw..oh satu flight..so dengan lembut lidah manis kata². Saya tanya dia dari airport nak ke Pekan kuah dia naik apa..dia kata naik teksi so saya tanya if dia x kisah , saya nk bayar 1/2 tumpang dia, so sy boleh jimat..tapi rezeki saya, dia kata x payah sbb dia meeting urusan kerja so boleh claim..Ya ALLAH ku pikir hujan di tengahari rupanya x hujan²..Alhamdulillah..

Turun teksi, kak tu hulurkan nasi lemak pak naser , dia x makan masa dalam flight td. dia beri kat saya..Ya ALLAH lagi la terharu..jumpa dengan orang baik². Terus ke Jeti kuah jam 8.30am. terus naik ke Office untuk redeem Ticket yang saya beli online sebelum ni. Sebarang details bajet dan info boleh klik diSINI. Selesai urusan passport dan bagai..saya tenguk keliling semua mat/minah salleh yang akan naik feri ke Koh Lipe ni..What?..

Feri berlepas jam 9.30am. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Laluan lain untuk sampai ke Koh Lipe, melalui  Wang Kelian, Perlis menuju ke Pak Bara di utara Satun dan kemudian menaiki bot laju kira-kira 90 minit perjalanan. So banyak cara untuk ke Koh Lipe ni..

Bila da sampai Pulau ni, sebenarnya tak adalah da sampai..cam dalam beberepa meter nk ke pantai, feri akan stop dan ada bot2 kecil tunggu untuk ambil semua penumpang..sbb pulau ni tak ada JETI..kecewa btol haku..tapi bila tenguk laut membiru, pasir memutih terus terkesima beberapa ketika..

Lepas urusan cop passport dan pembayaran lalalalala..saya naik motor ke Hostel..puas saya tanya orang kat situ saya nk jalan kaki je, tapi biasala depa ni nk meniaga, so cakap la hostel tu jauh la apa la..bila da naik motor tu. hek eleh..dekat giler..membazir bayar motor haha..kedekut skit saya bab² ni..

sampai bilik, terus lepak jap n lunch megi je dlm bilik sbb nasi lemak td tu masih kenyang..

Nampak tak Ko lipe tu..halus je kat situ. Koh Lipe ni kecik je..3 jam jalan setel dah semua pelusuk pulau

 

Pantai Pattaya adalah pantai utama di Koh Lipe yang menjadi tumpuan pelancong.

Bilik dia single mean private tapi share aircond dengan bilik seblah (ada lubang khas tuk aircond) ok la tuk bilik bajet kat pulau ni dan share bathroom.

petang lepas da tidur sekejap dan solat jama’, mula keluar jejalan ke Walking Street..Kat sini melambak giler anjing..da macam sama ramai dengan manusia pun ada (saya over).. tapi anjing² ni x kacau pun kita..buat je la cam kampung sendri..Walking Street ni mmg popular sebab semua ada kat sini..Mini Bank. Mini Hospital. 7E. ATM machine. Kedai² makan. Kedai souvenir. Kira cam mini market India kat mesia tu..nampak je kecik tapi semua barang ada jual haha.. .Kat sini try and error je cakap melayu..kadang² depa ni pandai cakap melayu..

     

tengah² jalan, nampak kedai HALAL MINA ni..so masuk beli pancake nutella dan makan padthai. kat sini jam 6.30pm dah marghrib..Time ni saya makan dalam jam 4.30pm camtu..ok la ikut sunnah dinner awal hehe..makanan kat sini seroius sedap..mee dia cam kenyal2 skit tapi sumpah sedap..

MUDAH DAPAT MAKANAN HALAL

Berjalan di kawasan tumpuan pelancong di Walking Street, kebanyakan kedai beroperasi dari  pukul 10 pagi hingga tengah malam tetapi ada juga yang beroperasi hingga awal pagi. Suasana malam lebih meriah dengan suara pekerja-pekerja di kedai makan dan kedai urut menarik perhatian pelanggan supaya singgah.

Kebanyakan mereka yang berniaga di sini adalah dari Satun. Tidak hairanlah ramai dalam kalangan  mereka boleh berbahasa Melayu dengan dialek utara kerana berhampiran dengan Perlis.

Bagi pelancong muslim tidak menjadi kesukaran untuk mencari makanan halal kerana banyak kedai yang dimiliki orang Islam menyediakan menu-menu makanan Thailand terutama hidangan hasil laut yang segar.

Lepas kenyang saya terus ke tepi pantai lepak2 tgk keindahan Sunrise Beach..Oleh kerana saya pilih penginapan di Sunrise beach , esok saya tak sabar nk tgk sunrise..Malam lepak di bilik dan tido..

Hari kedua

saya ambil pakej PROGRAM A tu..konon cam hebat sangat snorkeling sampai 5 point..amek kau sampai termuntah².. 550bath

boatman yang bawak saya n group ni pandai cakap melayu sikit2 so ada la kawan saya nk bercakap sebab dalam boat ni semua omputeh..makanya saya je yg tertunduk malu tersipu² bagaikan gadis ayu gituhh

Coral dia super duper make me crazy..setiap point² yang saya g snorkeling semua berbeza² coral..kat sini di larang bagi makanan dekat ikan sebab tak nak rosakkan coral ok so jgn nak memandai bagi roti ke apa..So cadangan saya if ke Koh Lipe wajib ambil pakej snorkeling. memang berbaloi

 

Pakej ni siap dengan lunch..seb bek ada telur goreng tu.. yang lauk dalam plastik tu saya x boleh nak telan..rasa tak masuk dengan tekak..

i love snorkeling. lepas da berpenat2 satu badan sakit bagai melihat syurga dunia di dalam laut..memalam keluar jejalan cari tomyam di walking street lagi..Kat sini banyak kedai buat perkhidmatan massage murah2 gak saya tenguk..ingat cam nk urut kaki tapi cam x sempat plak..

Balik tidur..

Hari ketiga

Hari ni lepas solat subuh tidur balik pastu bangun siap² dan kemas..kena standby dekat depo bundhaya pondok Imigresen kat sini b4 kul 11 am..

Pastu tetibe mendung dan hujan selebat2nya..seb bek sempat saya sampai di pondok tu..so bila melibatkan pengangkutan air ni, cuaca terlalu terlalu penting. So bila ombak mengganas maka feri akan delay..saya basah sampai ke pinggang sebab ketidakcekapan pihak pengurusan memindahkan kami dr boat tail ke feri..masuk feri membuta..delay lebih dr 3 jam..

good bye Koh Lipe

ni pelancong² yang akan naik bot ke Phuket tak silap sebab dengar mereka jerit² PHUKET..PHUKET..dari Koh Lipe uols boleh terus nak masuk Thailand ke nak masuk Phuket ke apa semua boleh..sediakan ongkosnya je..tapi saya rasa x flexible cara pengurusan pengangkutan dia ni..seramai2 yang boleh dia masukkan dlm bot laju tu..selepas beberapa minggu , saya dapat berita ada bot pelancong yang terdiri dr CHINA mati lemas di THAILAND. tapi saya x sure dari mana ke mana… so sad..

 

Dalam feri, dapat je signal coverage , saya terus call agen kereta sewa di Langkawi..asalnya saya nk sewa motor je, tapi memandangkan hujan sepanjang hari, so seb bek dapat viva last minit call RM70 sehari . sepatutnya RM50 je tapi sbb saya minta drop di Airport, so dia cas RM20..ok la tu..

lepas ambil viva..Didi msj dengan ayat² penuh berbunga² nk minta saya belikan coklat apa tah..dia suka sgt..seb bek dia tgh pregnant..kalau tak, memang saya tak layan order dia haha..so cari cari la Komplek Haji Ismail Group ni..punya la da lama tak datang Langkawi..memang² da gila² berubah..pekan pantai chenang pun da lain..crowded giler..

Hari keEmpat

Bangun pagi check out. Ok la bilik bajet saya..x de aircond tapi sebab hujan malam tadi sejuk je..dekat je dengan Pantai Chenang..leh jalan kaki je..parking pun senang. Terus google maps cari breakfast..ok jom try Nasi Dagang Pak Malau..boleh tahan sedap..byk pilihan nak kari daging ke , kambing ke, ayam ke..adaaa. lokasi dia cam masuk ke kampung skit, makan mengadap bukit dan sawah bendang..beautiful..(masih hujan)

lepas makan gerak ke Cabel Car Langkawi..Seb baik x tutup..sebab kalau cuaca hujan yang sgt lebat dan angin kencang mmg cabel car x beroperasi.. saya pernah naik dulu tapi saje nak naik sekali lagi depa kata ada penambahbaikan dan lokasi lain cam jambatan tu dan ada apa tah da x ingat ☺. So lepas redeem pass masuk all-in (saya beli online di 11 street) let’s go..

3D art tu memang agak baru dan agak menarik tapi saya datang sorang so bersusah payah sikit nk minta orang tolong amikkan gambar ..pastu byk blur so pasrah..x pe so far enjoy je..So tenguk jam masih ada masa lagi sbb flight kul 4.10pm..so atleast kul 3 baru masuk Airport..so pekena Laksa Power kat pantai tepi Airport..mmg seblah je airport ..boleh tenguk laut dan tenguk kapalterbang take off ☺.

So En Zuhri da tunggu di Airport untuk ambil kereta then Thank you Langkawi and Good Bye..

Details Tips dan Bajet boleh klik SINI