Tips & Budget Kuching

Assalamualaikum

Buat kawan² yang tanya tentang lokasi percutian di KUCHING SARAWAK. Minggu lepas saya n beberapa gang alumni alamin (5 org) ke Kuching, saya senaraikan di bawah ini untuk rujukan uols. Perbelanjaan seorang: 3 hari 2 malam

  1. Tiket Flight Air Asia – RM 122.24 (return)
  2. Sewa Kereta Myvi 3 hari – RM44/org (RM220 (Puan Hanna +60 12-895 2003) pick up n pulang semua kat Airport Kuching.)
  3. AIG Travel Insurans – RM21.66
  4. Minyak kereta – RM15.00/org
  5. Entrance Fee Fairy Caves – RM1.00
  6. Fata Garden Hotel by Place2Stay (2x Night) – RM74.60 (kami ambil 2 bilik , hotel ni sgt dekat dengan Waterfront) – booking.com
  7. Entrance Fee Jong Crocodile – RM22.00
  8. Boat dr waterfront ke seberang village – RM2.00 (return)
  9. Makan (kali ni saya masukkan perbelanjaan makan sbb tujuan datang ke kuching kali ni mmg jalan² cari makan) RM100.00

Jumlah keseluruhan RM402.50 1.

Lokasi Tempat Makan

Bagi mereka yang tak biasa, jangan terkejut pulak pelbagai bangsa dan agama berniaga di bawah satu bumbung restoran. Itu perkara biasa di sana. Nak cari makanan halal lagi mudah zaman sekarang. Mujur sorang anak Gombak kerja kat Kuching hehe so dia banyak bagi lokasi² best nak makan.. just GPS je..tempat makan dia dekat² bandar je. Banyak cawangan. Pusing² eh kat situ je haha.

  • Laksa Sarawak | Mom’s Laksa Jalan Haji Taha..tapi bila kami da balik semenanjung, kinah wasep “Mom’s laksa ana x gemar sgt. Sedap tp bkn the best. Plg best dekat Golden Arch.  Ade satu yg Halal. Tak masuk dalam list haritu sebab surrounding macam kotor sikit. Takut korg macam takut nak datang kuching dah ? tp memang sedap. Kol 5am pagi dah bukak. Kol 11am lebih dah habis dah laksa die. Laku keras.” sila nanges..pastu dia kata silalah datang lagi..nampak x permainan kinah Alleem Sakinah
  • Mee Mamak | Aroma Café Jalan Tabuan
  • Ayam Penyet | RJ Ayam Bakar Jalan Abell
  • Fish Soup | Kanteen Koperasi Museum Sarawak Taman Budaya
  • Mee Jawa | Mee Jawa Rabak 86, Main Bazaar
  • TopSpot Food Court | Jalan GreenHill (kinah suggest kedai 25 bukit mata) SEAFOOD! Must try: Jelly fish soup Soft shell crab salted egg Oyster pancake butter prawn Sayur Midin Belacan
  • Mee Kolok Hj Salleh
  • Kopi O Corner | Jalan Satok
  • My Village Barok My Village Barok, 7, Jalan Brooke, Kampung Boyan, 93050 Kuching, Sarawak (@riverside, gi bleh by car or naik sampan from kuching waterfront) Daging bakar rm20 Ayam ketuk rm10 Mussle bakar rm20
  • Rumah Hijau (Rumah Hijau, 93400 Kuching, Sarawak) (biasenye gi time breakfast) Roti boom cheese Pisang cheese Dan banyak lagi menu lain macam ayam penyet, nasi goreng bunga kuantan, nasi ayam made etc
  • Swee Kang Ais Kacang – Banyak menu tp must try Air White Lady..
  • Bumbu Cabe @CityOne shopping mall (Sundanese food. Budget ard rm20 per person) Menu nasi n ayam die ade banyak² jenis sambal boleh pilih.
  • hah lagi satu must try kek butter MITA..google je lokasi bersepah, memang super sedap..ketepikan kek lapis jap..ngee..
  • Dan pelbagai lagi lokasi makanan di sana, wajib try Laksa Sarawak, Mee Kolok, Mee Jawa, Aiskrim Gula Apong, Teh C Special, kueh bongkol, kueh celorot, ayam pansuh, kek Sarawak, Ketupat Lemak, umai, linut, sayur midin, sup terung dayak, bubur pedas, bihun belacan dll. Banyak kami x try lagi sbb perut bukan perut Bujang Senang kan..(psssttt mmg kena dtg lagi)

2. Penginapan

Kalau ke Kuching saya cadangkan sewa kereta so tak payah risau pasal penginapan..means duduk jauh sikit pun senang sebab dah ada kereta..hotel melambak. Kami stay hotel 2 bintang je sebab just untuk tido. Tapi hotel dia not bad.. www.booking.com .

3. Pengangkutan

Sewa kereta sebab kat sini public transport ada tapi cam tak perasan hehe.. .

4. Cenderamata/cenderahati/special

  • Kek Lapis | Dayang Salhah 40, Kampung Gersik
  • Mira Cake House | di waterfront
  • Kain batik Sarawak
  • Pua Kumbu
  • Pelbagai jenis keychain, beg dll (depan waterfront melambak kedai souvenir)
  • Kueh Cincin
  • Kain pasang Sarawak
  • Pelbagai jenis ikan (ikan lumek, terubok masin dll) nak beli terubuk masin kena pergi Pasar Satok..mmg fresh..pegi awal pagi..kalau nk beli banyak buat tempahan dulu nnt tghari or petang datang balik ambil..suruh depa bungkus cun² tuk masuk flight.
  • Ikan masik, kering, ikan bilis semua ada kat pasar satok.. .

5. Simbolik di Kuching Sarawak

  • Damai Beach Santubong (tgk sunset)
  • Masjid Negeri
  • Sarawak Cultural Village (seblah dengan Damai Beach)
  • Muzium Sarawak (x masuk)
  • Cat Muzium (x masuk)
  • Sarawak Orchid Garden (x masuk)
  • DUN Sarawak
  • Pelbagai lagi
  • Jong Crocodile, Orang Utan, Fairy/Wind Caves .

6. Bahasa

Saya andaikan 80% di sana boleh memahami bahasa Malayu. No worries.. Hafsah Azahari sampai2 airport da buat ayat “ok, ana da mula tak paham apa dia cakap haha”

7. Tiket Masuk Sarawak Setiap orang semenanjung yang akan enter Sarawak or Sabah, kena ada satu tiket cam resit kebenaran masuk ke Sarawak, resit tu kena simpan dan bila nk balik nnt imigresen akan minta tiket tu..oleh kerana saya nk penuhkan chop kt passport sy, saya guna passport je..so x perlu resit tu..cuma ada orang kata ada staff imi x bg guna passport so naseb naseb je la.. percaya atau tidak kami makan sehari hampir 5x sehari ..kesian perut.. ok bye Selamat Bercuti dan Selamat datang ke Kuching Sarawak!