Gempa Bumi di Pidie Jaya Aceh?

Day 3

Bismillahirahmanirahim

Sebelum nk ke Aceh, berlaku gempa bumi kat Pidie Jaya Aceh bln Dec 2016 yang mengorbankan byk nyawa..so sape² yg tau saya nk ke Aceh..byk msj masuk dlm HP..saya paham kerisauan mereka..so saya tanya contact saya di Aceh dan hotel di sana dan juga ada sorg student Malaysia yg blaja di sana..so far depa kata Pidie Jaya tu jauh giler dr bandar Aceh so x terlibat..Alhamdulillah..

Itinerary hari ni: Boat Express Bahari 3B ..to Banda Aceh kul 8.00 pg – RM26.64/sorg (8.00am @ 2.30pm) Transfer Sumur Tiga to Balohan – RM8.33/sorg TOUR BANDA ACEH – RM41.63/sorg • Baiturrahim Mosque • Museum Tsunami • Kuburan Massal Tsunami • Rahmatullah Mosque • Pantai Lampuuk (wajib makan seafood kat sini) • Kapal Atas Rumah • PLTD Apong • Rumoh Aceh • Mesjid Raya Baiturrahman • Shopping di Banda Aceh ( kopi/tshirt/FM/kek)

                     Kat atas ni cadangan tempat2 menarik yg perlu di lawati..actually dalam sehari pun da cukup kalau nk g semua tempat ni as long as korang x selfie 5 6 jam setiap tempat..

Jetty Balohan..beli tiket dari Freddies je senang..kalau tak takut tiket da abes sbb ramai giler orang..

sampai di Ulele, saudara Ifan da tunggu, so dia terus bawak kami g breakfast..yg atas tu soto, style soto kat sana , kuah sup dan nasi tapi serius sedap.. yg bawah nun nasi lemak..

1st stop mestilah Rumah Aceh..Sejarah kat sini..sesiapa pecinta sejarah leh ke sini..tak berapa nak cinta sangat pun boleh je lepak kat sini makan buah² ramai orang yang menjual disini

nama2 mangsa yg terkorban

kat atas tu bendera2 negara2 yang membantu pembangunan aceh selepas tsunami..kalau ke aceh wajib ke muzium tsunami utk details nk tahu kejadian tsunami tu..

aceh menyimpan segala seribu satu memori. 26 dis 2004 seramai -+ 230ribu nyawa tekorban termasuk ibu dan isteri pakcik (pak dedek) yg dlm gambar tu. mendengar pakcik bercerita pengalaman dia nmpk bergenang air mata pak dedek..mereka semua di sini suka utk share pengalaman mereka , mungkin dgn itu mereka dpt hilangkan rasa sedih mereka..melihat rumah2 dan kedai2 yg di tinggalkan akibat musnah tsunami dan melihat pembangunan buat hati ni rasa tersentuh dan bercerita betapa mereka appreciate seluruh dunia menghantar bantuan kilat kepada mereka. melihat dan solat di masjid2 yg Allah lindung dr kerosakan sgt memberi impak betapa besarnya kuasa Allah walaupun di keliling masjid tersebut hampir musnah keseluruhannya. bg mereka kejadian tsunami memberi byk hikmah utk penduduk Aceh. byk2 negara yg saya kunjungi. aceh sgt menyentuh hati..

antara masjid yang di bantai oleh tsunami..ada bahagian yg mereka sengaja tak repair..

PLTD Apung..imagine nun jauh kat hujung sana kapal ni di tolak oleh tsunami..berat ooo kapal ni..

kuburan massal yg mengebumikan satu liang lahad mangsa2 tsunami

pantai lampuk antara yg terkesan dgn tsunami..kemudian pantai ni jd tempat riadah..kawasan ni marghrib akan di tutup..wajib datang sini minum air kelapa dan makan seafood..serius sedap lagi2 si sotong goreng tepung tuuu..perghhhhhh

petang sampai ke malam, kami di bawak shopping plak..yihhaaa..beli kopi aceh dan tshirt dan check in Hip Hop Hotel..bilik kami di tingkat ats nun tu..mmg roof top la..happy sbb leh sembang kencang x de org..yg best boleh sidai baju cam wat kat rumah sendri..

mlm lepak dan tiduzzzzzzzz

Day 4

Itinerary hari ni: • Mi Razali • Sambung shopping kat Jalan Ratu Safiatuddin (becak) -RM5

mie razali ni mmg Ya Allah sedapnya..lagi2 cam basah camtu..

depa ni mmg sgt suka nak share pengalaman depa tentang tsunami..mungkin sbb bahasa kami sama, jadi mereka lebih mesra dgn orang Malaysia.

lunch dengan alumni al amin yg study kt Universitas Islam Negeri Arraniry Banda Aceh.. Sakinah Aris, dia baru satu sem kat sini.. Alhamdulillah. junior2 ni excited nk jumpa kinah.. beautiful ukhwah insya-Allah.. tq kinah sanggup bawak motor berhujan dr kampus 30minit utk jumpa kami..semoga Allah mudahkan urusan kinah dan menjaga kinah. ameen..

wajib beli gak kek brownies kopi..saya suka sbb dia x manis sgt..hari ni kami x sewa kenderaan sekadar berjalan kaki dan naik becak utk jalan2 sekitar..mlm kami bungkus A&W haha…mlm kemas baju semua sbb esok subuh pagi da nk kena gerak balik Malaysia..

Day 5

Pagi2 Ifan da jemput kami di hotel dan dia bawak g beli sarapan cam street food ala2 nasi lemak bungkus tepi jalan tu..very good experience..pastu dia drop kat airport..so sad nk tinggalkan Aceh..aceh best..people dia pun best..

benda paling best bila travel ialah dapat travel partner yg best. semua benda kita buat sama2. help each others n benda giler2 yg di buat hehe.. u guys walaupun ada yg saya x pernah jumpa n bertahun baru jumpa tp u guys very understanding, sporting n awesome.. tq guys..best travel dgn uols..

Pada yang merancang untuk ke aceh, saya cadangkan pergi la dalam 4hari 3malam. Aceh ni sebenarnya merupakan satu wilayah yang agak besar. Dibawahnya sahaja ada 23 daerah/kabupaten. Jarak perjalanan di antara daerah ade jugak makan masa yang agak lama. That’s why masa tsunami 2004 dulu, tak semua tempat pon yang kena.

Untuk Tips dan Budget dan Contact No Supir boleh klik disini

Scroll to Top