Kotor, Montenegro

Trip Balkan Winter 🇲🇪

Kotor, permata Balkan. Negara ke 3 untuk trip Balkan ni adalah Montenegro. Mungkin ramai yang tak tahu, sebenarnya untuk masuk ke Montenegro tak perlu kan Visa. Montenegro adalah sebuah negara pecahan daripada Yugoslavia. Negara ini bersempadan dengan negara Croatia, Bosnia, Serbia, Kosovo dan Albania. Next bandar yg kami terjah adalah Kotor. Nama je Kotor, tapi sebenarnya bandar ini sangat bersih! Kotor merupakan sebuah bandar yang terletak di persisiran pantai Montenegro. That’s why chanteekkk..Old town dia dalam satu kawasan macam kampung yang complete ada hotel, restoran, kedai² souvenir, church, tapi makanan halal almost tak ada kat sini. Saya sempat terberangan, bestnya ada satu perkampungan dalam satu tembuk. semua keluarga dalam ni..kalau hari raya mesti meriah haha (saya terberangan jer)..

Trip Balkan Winter negara ke 3 (Kotor, Montenegro) Day 4

Perjalanan kami sebenarnya mengambil masa 6 jam, banyak kali stop dan pertukaran dari van ke bas sebelum lepas ke border.

Abang Imigresen akan naik dalam bas collect passport untuk di cop. Biasanya ambil masa 15-20 minit untuk settle semua tapi bergantung berapa ramai isi padu dalam bas tu..

View memang tak pernah menghampakan.. kiri kanan cantik nakk oii

                     

              

On the way nak ke KOTOR, di antara Budva ke Kotor, uols akan nampak ada satu private island belah kiri. Namanya Sveti Stefan. Ada history pulau ni..dia punya land tu dari batu batu besar.. Dulu pada abad ke-15, Sveti Stefan adalah satu perkampungan yang di bina untuk mempertahankan bangsa Turki dan menjadikan tempat berlindung bagi lanun Adriatik.  Ya ALLAH laut Adriatik ni cantik gilos..biru dia kemain.. Ok pastu dalam tahun 1950 camtu pihak berkuasa Komunis Yugoslav plan menukarkan  menjadi sebuah hotel mewah dan memindahkan penduduk yang tinggal ke tanah besar, dan kampung pulau itu menjadi resort exclusive yang sering dikunjungi oleh golongan elit berprofil tinggi dunia. Tapi kalau uols tenguk cam wahhhh exclusive betol tempat ni..wahh wahh..

ok dalam jam 2 petang, kami sampai di station bas KOTOR. Kecik je station bas ni tapi ada free wifi gituhh.. so lepak jap..tanya staf kat situ tempat penginapan. Jujurnya di KOTOR ni , saya tak study langsung kawasan ni.. so that saya tak berapa tau apa yang ada di sini, bagaimana luas dan kawasan dia..lokasi penginapan semua saya tak study sangat..so kami just terjah je.. So pakcik tu kata jalan je dalam 10-15 minit akan sampai Old Town..

Itinerary Day 4 & 5
• Kampana Tower
• A Day Out on Yacht Monty B
• Church of Our Lady of Remedy
• St John Fortress climbing
• Kotor Fortress (Cattaro) / Castle of St Giovanni
• South Gate
• Cathedral of Saint Tryphon
• North Gate
• Walk along the Old City Walls of Kotor
(walking Distance dari apartment)

Budget per person:
Bus Station Tax fee – RM10.40
Accommodation (Apartments Đukić) x 2 Night – RM88 (2xNight)

IG Highlight – noratajharun

Inilah OLD TOWN..teruja mak nak.. Gambar atas tu pintu masuk ke Old Town..Punya teruja tenguk kawasan dan bangunan bangunan lama sampai lupa aku angkut bag lebih 15kg tu.. seronok ambil gambar sampai  Amirah kata “cikgu, apa kata kita cari bilik dan letak bag dulu, pastu baru kita jalan2” haha.. Tapi memang tiba di Bandar Kotor, hilang terus semua pening dan penat. SubhanAllah, memang cantik tempat ni. Bandar Medieval yang kurang mendapat liputan.

Kalau korang ada time.. g Hiking ke old town city wall mengambil masa 45minit (anggaran 1300 anak tangga). View sangat cantik!

Bilik kami, super selesa, sebelah je dengan church.. bunyi loceng masuk waktu solat . kuat betul bunyinya hehe..lepas letak bag dan solat jama’. kami berjalan2. Bandar lama ini yang masih tersergam indah meninggalkan sejarah tersendiri dan menjadi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Semasa kami berjalan keluar..Ada sorang kakak India ni tegur “Malaysia, Malaysia?”.. saya cakap “yes malaysia”. dia hulur tangan .. dia kata dia pun asal Malaysia tapi dah menetap di German 30+ tahun tapi dia fasih berbahasa melayu lagi (dia datang sini saja holiday)..membuatkan aku teruja.. Tetiba rasa bangga muka aku yang muka melayu jawa ni..senang semua orang boleh kenal hehe..

Ini permandangan dari atas Kotor Old Town City Wall.

Hari Ke 2 di Kotor, montenegro dan hari ke 5 kami menjelajah Balkan. Hujan dari malam  sampai sepanjang hari..so kami memang tak dapat kemana². So plan semua terkubur..Tak ada rezeki.. but bila hujan renyai². kami cuba juga keluar..ada pasar pagi..very cute pasar dia..kebanyakan di sini orang² tua yang tinggal..susah nak jumpa budak² muda kat sini..Pekan Kotor ni kecik je..so jalan² jumpa tempat yang sama je haha..

Nampak ada pakcik jual ikan kat kawan dia..so kami pun saja tanya pakcik tu if kami nak  beli sekor..dia kata 2 euro..layan je la sebab ikan fresh  kan..pastu amirah beli telur ayam sebijik RM1 camtu ..ok la..haha

Pastu kami berjalan-jalan dalam kawasan Old Town ni..beli souvenir dan sebagainya..

Hasil pembelian berbaloi2 pagi tadi..masak simple je haha. janji perut terisi..

Hari ke 6 ( Kotor, Montenegro to Dubrovnik, Croatia)

Badan rasa very fresh, sedap untuk memulakan perjalanan sebab 2 hari rehat betul2 kat Kotor setelah penat stop by di Greece dan Tirana satu malam each country dan duduk lama dalam bas.. bangun pagi bersiap2 untuk catch bas ke Dubrovnik. Segala urat silaturahim yang kendur ke apa semua da di simput kuat untuk next destination.. ewahh..

Hari ni cuaca cun, sempat cari roti untuk isi perut. Dan jejalan di belakang hostel kami untuk tenguk sungai menghijau..snap²  gambar.

 

  

Kesihatan aku masih tak berapa nk cun sangat, so nampak farmasi, singgah jap tapi ubat yang di cari tak ada pulak.. teruskan berjalan kaki ke bas stesen Skaljari. Macam biasa tiket bas saya beli sesiap dari Malaysia ONLINE dan print sesiap if malas nak download apps dia..Ada certain terminal bas akan caj tax fee dalam 1€. So standby duit kecil. Bas kat sini memang kena beli tiket kat kaunter. Bas ada ke Budva, Podgorica (setiap 30minit), Skopje 2 kali sehari (hari-hari tertentu saja). Just incase uols tak jumpa option nak beli secara online. Dan ingat make sure beli sehari awal di kaunter.


Ok bersambung Dubrovnik, Croatia

Scroll to Top