Tips & Budget Brunei

Brunei dengan gaya kesederhanaan yang tersendiri

Alhamdulillah solo trip ke Brunei Darussalam 3H2M awal sept ritu.. Meh nak share Itinerary dan “ada apa kat Brunei“..Ramai kata Brunei x de pape tapi 4 me Brunei ada masjid yang gempak, mempersona (rasa cam next year nk berramadhan je kat sana gituhh)..

– People dia make me insane..people dia very helpful, attitude mereka mmg awesome..kalau ko nk melintas jalan kenderaan akan bagi uols melintas. (British attitute gituhh)

– Mereka juga peramah dan sedia membantu..saya sesat keluar masjid yang super besar tu, lupa kat mana letak kasut, depa siap pusing² tolong carikan arah saya masuk tadi tanpa rasa mengutuk dlm hati..ni mmg lawak..

– Ada beberapa kali juga mereka sudi tumpangkan saya untuk ke destinasi, bila lihat si comel terkedek² ni kan..dapatlah merasa naik kereta2 mewah orang Brunei yg kaya raya tapi very low profile..

– Yang ni not sure samaada orang agree tak dgn saya..Uols cakap guna bahasa KL, confirm mereka akan welcoming uols n happy nk help dan akan ajak uols sembang².. tanya dari mana..kenapa datang Brunei etc..(paling lama sembang dengan penduduk kampung air hampir 1 jam huhu)

– Bila uols jalan sorang mmg uols nak x nak akan dekat dengan mereka..

– Lagi satu..Ya ALLAH aman damainya udara kat sekitar Brunei sbb x ada bau rokok..yabedabedooo..ko isap rokok kena fine $300 ..mampu?

– Tak nampak Night Club kat sini..mereka kata kul 12 mlm tak boleh ada orang keluar dari rumah..kalau x kena tangkap..(x sure sumber tu)

– Oleh kerana saya sorang so pengangkutan hanya Bas dan teksi..Bas dia super cute tapi AirCond. Lucky me sbb Terminal Bas belakang je 1 minit jalan ke Hostel saya..Bas dia beroperasi sampai kul 6 pm je.

– Wajib makan Nasi Katok Mama..saya x sure ada tak tempat lain yg sedap tapi hujan gerimis pun, porsche ke bmw ke, parking beratur panjang bungkus Nasi Katok ni..tapi mmg sedap da la murah $1 sebungkus..(dia guna beras wangi siam tu). Simple je menu dia Nasi dan Ayam bersos..

– Saya study mengenai Brunei dan sistem pengangkutan awam dia sehari sebelum pergi ke Brunei..alhamdulillah semua ok, cam saya sebut tadi..people dia sgt baik..

– Kat sini x nampak orang melepak² atau berbising bisingan..kalau uols tgk sekumpulan remaja ke apa ke kalau jalan..saya hairan x dengar bunyi pun..mereka sgt sopan ..wahhhh..kagum saya..Mereka lebih suka beriadah berjogging, kalau lalu dekat stadium dia, penuh dengan orang dengan aktiviti..

– Kalau g reramai ke Brunei leh la sewa kereta boleh merayap jejauh sikit..eceli bas pun ada juga ke destinasi jauh..cuba google dan study

– Hostel saya betul² berhadapan dengan muara jeti depan Kampung Laut. Turun ada mini market. Belok kanan sikit ada Marry Brown. Corner kanan lagi ada Nasi Katok Mama dan Burger King..Jalan 8 minit jumpa Kompleks Yayasan Bolkiah dan Masjid Omar Ali yang cun melecun.

– Sebelum sampai saya ada msj owner hostel “ada sewa motor tak kat Brunei”..” Sorry dekat Brunei memang tak ada motor”..ko rasa apa..nak malu ke tak..haha..Mmg x de motor kat Brunei..kalau ada yang motor² delivery cam KFC ke Pizza ke camtu..thats all

– Brunei mengalu-alukan orang luar bekerja di negara mereka (kata pakcik bas) ..pakcik bas suruh saya jadi cikgu kat sini..erm..x nak la..Paling ramai pekerja asing di sini warga bangla, nepal, indonesia..-

– Kalau hari Jumaat jam 12- 2.30pm mmg semua kedai akan tutup..so jangan panic attack..

– Kalau ada yang tanya, perlu ke g Brunei?.. bagi saya pergilah..at least sekali seumur hidup..bkn jauh pun..di himpit dengan kasih sayang dengan Sarawak dan Sabah. Masukkan dalam bucket list destinasi anda..

– Masjid Brunei mmg super duper cantik..sampai sekarang masih terngiang² keindahan luar dan dalam masjid tu over…

– Orang sini tak panggil dollar..dia sebut “Ringgit”

– Ok dah..Itinerari, budget semua la all in saya attach dalam gambar..

– Oh lagi satu..saya x try makanan popular Brunei ambuyat sbb erk saya google cam bukan citarasa saya kot hehe…(dia guna tepung ubi camtu kan) lagi pun tujuan dtg sini bukan nak food hunting sgt sbb tahu mahal ..so jalan² cari pasal je kat sini..

– Pakcik Teksi kata kalau nk datang Brunei better bulan Julai sbb Birthday Sultan Brunei..so macam² ada..macam² tu x sure apa. cer google

Bajet hangus RM377.55 all in

$1 = RM3

43,000 walking step ☺

Scroll to Top