Titlis Is a Mountain of The Uri Alps

Lucerne –> Titlis –> Zurich

Bismillahirahmanirrahim

Sejuk mlm tadi sbb heater x fungsi..tp oleh kerana penat..mmg tido lena jer..lepas solat subuh, saya dan kawan baru yati dan dayah sambil bersiap kami bincang plan hari ni..so nampaknya x sama destinasi so x leh nak berjalan sesama..Hostel ni sediakan breaksfast so lets gooo..excited sbb hari2 makan maggie sebelum ni..

Ini Itinerary untuk hari ni..yezzaaaaa Titlis

ha ah ni breakfast kami hari ni nasi goreng versi korea..boleh tahan sedap gak…lagi2 ada telur mata my fav.

lepas makan jam 8 pagi..kami berpisah di station central dan bergerak ke arah berbeza..jumpa lagi mlm nanti ye..saya akan ke mount Titlis dan yati n dayah ke Mount Rigi..

naik tren ke Engelberg, tapi tetiba bila hampir nak sampai, kami di minta keluar sbb tren stop sampai situ je, sbb ada masalah rail..terus staff depa suruh naik bas yang di sediakan..dalam beberapa minit kami sampai ke Engelberg pekan kecik yg Allahuakbar cantiknyaaaaaa..aman damai tenang sesangat la hai…(cekapkan perkhidmatan public transport derang, kalau komuter KTM kat Malaysia, kalau ada problem , depa suruh kita turun dan pandai2 la setelkan sendri camne nak sampai destinasi)..sampai di Engelberg , kena naik bas yg di sediakan utk ke kaunter tiket nak naik mount Titlis.

sampai disini kena beli tiket utk naik ke puncak titlis diskaun 50% dgn swiss pass..tapi staff sana kata Titlis tgh angin kuat so x boleh nak naik even cabel car pun x leh sampai sana..so dia kata tunggu kejap..dekat situ siap ada skrin yang paparkan kelajuan angin..mmg laju giler angin berapa ratus mph what ever..so berdoa supaya ok dan boleh naik..sementara tunggu tu saya berjalan2 di luar tgk depan main ski bagai..

Titlis Mountain Station

sungai dia sgt hijau..

depa kata kat sini tempat shah rukh khan shooting dilwale..haha layan

lepas tunggu lebih sejam cuaca kt puncak Titlis tetap x selamat untuk naik so staff tu kata saya boleh naik 2nd level titlis..so ok la kan..so saya pun naik..not bad..meriah giler kat sini..even kat sini pun angin da kuat lagi la camne kat puncak tu..tapi view dia sgt la cantik..subhannalah..dengan berbukit di kelililing, ramai yg ber snowbording dan ski..saya sempat main snowboard bila sorang mamat swiss ni sporting bg pinjam board dia.. haha tp bergolek2 la kan..susah gak nak main di bergolek2..

 

main slider ni gak..mmg enjoy walaupun sengsorang..minta tolong mamat India tolong snapkan

Dari Engelberg menuju Trubsee haruslah naik gondola udara, dan kemudian sambung pulak dengan naik kereta gantung menuju Stand (di atas glasier), dan kemudian dengan Rotair menuju puncak Gunung Titlis (ketinggian 3.020 m /9.900 kaki). Perjalanan untuk ke puncak mengambil masa sekitar 40 minit

saya main ni berkali2 sampaikan sorang kakak dr arabian kot tgk saya sambil senyum2 haha..dia pelik kot.. sbb syok ohh main tube ni..

lepas penat bergolek2 dan berhappy kt atas..saya pun turun dan makan nasi goreng brahim..ni je yg tinggal brahim saya..sambil jemur barang2 dlm bag sbb salji masuk dlm bag..basah huhu

naik bas turun ke Engelberg

nampak tak background tu..cantikkan Mt Titlis merupakan salah satu puncak tertinggi di Swiss Alps dengan ketinggian 3020 m/10000 kaki.
sambil jejalan sambil menikmati pemandangan indah swiss alps. Uols juga boleh menikmati salji sepanjang tahun di puncak Mt Titlis. Swiss ni byk gunung2, so pilih je la gunung mana nk naik, cuma sediakan duit je kan..yang bestnya hampir kesemua gunung uols boleh naik dgn cabel car..itu kelebihan swiss..

berjalan2 di sekitar pekan Engelberg sementara nk tunggu tren balik ke lucerne..tren da sampai so naik tren ke lucerne..perjalanan +- 1 jam lebih. make sure bila uols beli swiss pass utk 2nd class. kenalah naik 2nd class ye.. ada terpampang kat luar dalam tren no 2 sebesar2 alam..Actually naik 2nd class pun da heaven giler..x yah abeskan duit naik 1st class..

dalam tren jarak jauh mmg ada toilet, so saya ambil wuduk dan solat jama’ zuhur dan asar je dalam tren. alhamdulillah tren lenggang so lagi la bertambah mudah Alhamdulillah

sampai lucerne tgk cam masih awal..x kan nak balik hostel..x best la plak, so plan nk g rgine falls kat zurich, check google maps..jarak masa dan perjalanan 2 jam lebih, kena tukar tren , so nekad g jugak.. sampai je sana kul 6 lebih..alamak kaunter da tutup untuk tgk dr jarak dekat tp x pe..dr jauh pun nampak cun dan jelas..sesiapa yg g sini try la merasai naik cruise dia..maybe kena bayaran la kan..so make sure if uols nk masuk kawasan rg=hine falls ni dan tgk dlm jarak dekat kena dtg b4 kul 6..tapi ada bayaran 5CHF

Air terjun terbesar di Eropah di Switzerland. Rhine Falls berhampiran Schaffhausen , mmg sgt mempesonakan pengunjung dengan jumlah air yang besar.

Rhine Falls provides a magnificent spectacle. Lebar 150 meter (492 kaki) dan ketinggian 23 meter (75.5 kaki), 600 m³ (21.189 kaki padu).

saya spent masa kat sini hampir sejam lebih dengan bunyi air tu jatuh dan sungai dia hijau mmg sgt mengasikkan..Indahnya ciptaan ALLAH..

 

cruise di tasik lucerne..guna je swiss pass..FOC

Sampai hostel hampir kul 10 malam..laparnya ya ALLAH..haha tapi serius bila jalan kat swiss ni mmg x rasa nk makan sbb da kenyang tgk keindahan alam haha..rendam magiee sambil berborak2 dgn yati dan dayah..masing2 cerita pengalaman masing2..Alhamdulillah..

kom tido..sambung perjalanan esok hari tapi sedeh esok da nk tinggalkan swiss..

NEXT ZURICH