4 hours Travel to London City

Sheffield – London

Bismillahirrahmanirrahim

next to LONDON CiTY

kat sini subuh kul 4 pagi..sblm book tiket (online) beberapa bulan sebelum, saya da check waktu subuh (siang) so saya book tiket bas (megabus) kul 6.00pg camtuh untuk ke Kota London..so kul 5 pg da gerak dari rumah didee dengan menaiki teksi ke Meadowhall Station Bus..kat sini tempah teksi just online cam kat Mesia gak (uber/grab teksi)..senang kan..
igt, kena datang awal..sbb any public transport x akan tggu uolssss.. klu da terlepas kena beli tiket baru..so jangan bawak perangai ‘janji melayu’ ko tu kat sini..

 itinerary day 5 (klik untuk paparan yg lebih jelas)

mega bus ni slalu buat offer, £1 je tapi saya dapat £11.50 + tax..harga sbnr £10 je..

perjalanan ambil masa 4 jam, dalam bas hanya ALLAH je la tau betapa berbaunya haha..didee kata depa ni x mandi..ermm..mmg econ x kan bukak la kan sbb sejuk..so pengaliran udara tu tak tau camana.. bas ni akan berhenti sekali je dlm tempoh 4 jam tu..

x senonoh cara ko duduk nyah..
Sampai di Victoria Station London, kami top up Oyster Card (cam Kad touch n go) dalam £20 (bajet utk 3 hari untuk any tube/metro) then cari tube untuk ke rumah kawan didee yg study di Imperial College kt Kensington.. turun di Bayswater jalan kaki skit then sampai..Liyana Azmi study PHD di sini, ada 3 orang students Malaysia di rumah ni..cute je rumah dia tp sewa masyaALLAH mahainya..Alhamdulillah saya di beri peluang menumpang dan merasai pengalaman tinggal sebentar bersama students kt sini..Semoga ALLAH permudahkan urusan mereka..

selepas letak barang saya n didee memulakan langkah berjalan2 di Kota london, but sebelum tu kami sunggah lunch di tempat sgt popular kot hehe..yeah ‘TINSELTOWN’ nama kedai dia..makanan HALAL, sedap plak tu..fries dia apsal sedap sgt..kedai dia kecik je, jalan kaki je dr umah liyana..lepas makan n hangatkan diri dlm tinseltown kmi memulakan langkah dgn konpiden..cuaca hari ni tidak berapa baik dan tidak menyebelahi kami..hujan sepanjang hari..so saya agak x berapa selesa sebab terlalu sejuk..tapi redah je ikut plan..

Di Kota London sgt la sebuk..sebijik cam KL, semua org nak cepat then pelancong lagi ramai dr penduduk tempatan.. so cam x best, 4 me la..dah nama pun bandar kan..byk gak tempat x leh nk cover n amek gambar cantik sbb hujan..

ni plan kami dalam 1/2 hari di Kota London..ada yang kami berjalan kaki dan ada perlu naik tube.. kat bawah ni maps tube/metro..agak berbelit2, seb bek ada didee , so dia byk ajar saya camne nk paham benda alah ni hehe..arghh berselirat otak..

oleh kerana kami menggunakan 100% public transport, maka senang cite kami guna apps ‘citymapper’ semudah ABC..follow je..(saya follow didee :))
kat bawah ni sample penggunaan apps citymapper

background ‘eyes of LONDON’
Buckingham Palace
Tower Bridge
Westminster Abbey
didi ambil gmbr kt atas sbb nk bgtau semua org yg kat sini org2nya suka membaca sambil tunggu tren..
otw balik ke umah tu singgah ‘pret organic coffee’ nak hangat konon..

lepas berhujan bersejuk dan berjalan2, kami balik dan berselubung dan baru berkesempatan berborak2 dan berkenalan dgn kak liyana n the housemate..bestnya bila dpt berkenalan dgn org baru setiap hari..anyway mereka ni sgt2 la baik hati..tgk mereka study, buat thesis bagai rasa cam besarnya pengorbanan mereka..respect..malam plak kak liyana masak ayam masak merah ..erm sedapnya..arghhh x le nk lupa every single kenangan..tidur awal malam ni..didee n kak liyana masing2 sebuk study..

Scroll to Top