Holland’s Keukenhof Gardens

Berlin –> Amsterdam

Bismillahirahmanirahim

Bila masuk musim bunga di bumi Eropah ni, maybe kebanyakkan mereka akan tertumpu untuk terjah Amsterdam! Kat mana lagi sebab kat sini kebanyakkan manusia dari seluruh dunia akan datang nak tengok T.U.L.I.P.S! Keukenhof terletak di sebuah pekan kecik yang bernama Lisse. Tak jauh dari Amsterdam, ibukota bagi Holland yang berada di dalam negara The Netherlands. Let’s go and be friend with nature.

Perjalanan hampir 10 jam dr Berlin le Amsterdam mmg letih dengan tido duduk dlm bas..mmg la tido tapi badan rasa x selesa..tp tu la, da nama pun travel, ko nk selesa camne..at least jimat duit hotel untuk hari ni..sampai di Amsterdam dalam kul 6am +-..teringat saya semasa dlm perjalanan , bas berhenti dekat RnR.. dengar x dengar saya dengar driver bas tu cakap “30 minutes rest”..saya pun berlenggang kangkong g toilet..pastu tgk driver bas tu da terpacak tgk saya dan jerit “10 minutes”..erkkk alamak saya cakap “sorry”..dia jawab sambil marah “no sorry” haha saya tau saya salah n x kecik ati pun sbb saya tau depa ni sgt memeintingkan ketepatan masa..x kesah la ko nk marah ke asalkan ko x tinggalkan aku..

ok back to amsterdam..sampai kat stesen bas Duivendrecht, mmg masih sunyi sbb awal pagi 6am, so saya ke terminal tren dekat situ konon nk hangatkan badan sbb sejuk sgt..internet on off dlm stesen tu, saya msj Zul (tuan rumah yang saya sewa bilik sepanjang di Amsterdam, suami isteri orang sarawak da setahun kat Amsterdam sbb wife dia study sini), tapi mungkin awal pagi so dia x reply..oleh kerana sejuk sgt, saya pun x pikir panjang g naik teksi dan sampai umah Zul dekat Madurastraat dlm kul 6.30am..

teksi tadi kena €25..lari bajet saya..lepas check in bilik Zul, saya solat subuh dan rest jap..pastu dalam kul 7.30am wife zul panggil ajak breakfast, cute je rumah dia..dia ada 2 bilik, so dia sewakan satu bilik tuk backpackes dr Malaysia je..sehari  €20 x 3 night, tp bertambah sedey pas bajet taxi td, zul minta €20 lagi tuk service caj, masa dlm perbincangan sebelum ni dia x maklum..so malas nk argue..bayar je la..so plan nk ke perkampungan chantek Amterdam tu terpaksa cancel dan kena cut kos makan gak..bende paling saya x suka ada hidden caj..x pe la..rasa kena scam dengan pasangan suami isteri ni..sabar je la..sampai aku takut nak ambil air minum, takut kena caj pulak..

cute kan heater bilik ni hehe so lepas bersiap2..plan saya hari ni ke Keukenhof yahooooo..mmg saya da aim nak ke sini so masa buat itinerary mmg da make sure sampai Amsterdam cun cun je sbb Taman Keukenhof ni buka setahun 2 bulan je pertengahan April to May je..

 

di sini bestnya sbb ramai penempatan orang2 arab, so banyak kedai2 halal kat sini..so singgah beli roti tuk lunch nnt (must try eclair dia..super sedap..) dan buah off course..cuaca hari ni around 8-21°C

Madurastraat

sepanjang perjalanan dr umah zul nk ke station tren (sprinter), kat lorong2 tu ada lukisan besar di tampal kat dinding..mereka sgt appeciate hasil kerja kanak2 barangkali saya fikir..good jobs..

So gerak ke tren station utk ke Schiphol Airport. sampai terus tanya org dan kena keluar skit baru jumpa cam kaunter mini dan beli tiket kat situ

Harga tiket bas return journey dan tiket masuk taman berharga €24/pax.  Naik bas dlm 30 minit.

Untuk makluman lanjut pasal Keukenhof Garden, boleh rujuk website mereka —> http://www.keukenhof.nl/en/

Cakap banyak pun tak guna.

Jom layan gambar bunga!

       

Oh my sweetheart

Mengikut website Keukenhof, kira-kira 7 juta bulbs yang ditanam setiap tahun di sini yang meliputi kawasan seluas 32 hektar. Haaaaa luas tak tak luas tu kan? jenuh nak tawaf setiap sudut kawasan nanti.

Orang kata, the best time untuk visit Keukenhof Garden ni adalah mid-april. Tapi saya suggest, datang ketika awal May ke. Sebab kalo datang April ni masih lagi early spring. Cuaca pun asyik tak menentu. Hujan. Ni pun.. alhamdulillah hari yang saya sampai sini. SubhanaALLAH… cuaca amat cantik. Tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Everyone is really happy and enjoying the flowers.

cherry blossom (sakura) pun ada… ni warna putih lawa! zoom skit

bunga Hyacint ni bau dia takdelah wangi sangat, bau ala-ala bunga taik ayam skit, tapi bermacam warna yang ada kat sini, boleh katakan cukuplah sepapan warna Luna!

 

ni semua bunga betol tau..betol betol belaka..

 

nak mendayung pun boleh je kat sini..

cantiknyaaaa

 
 

Alhamdulillah cuaca sgt memihak pada saya dan pengunjung..awan membiru dan cahaya matahari naik..semalam Zul kata cuaca mendung n hujan je.. so lepas jejalan, nampak ada org beratur panjang beli aiskrim ni..saya tanya owner dia kebetulan dia ada kat situ sama ada ada letak alkohon or animal gelatin..dia kata x de tp dia x sure yg cone so dia suruh saya beli yang dalam cup..sedap aiskrim dia berlemak..sambil2 makan roti yang beli td..ni la lunch saya..

 
 

eh eh tanjat iteww..

   

gadis Dutch

  

windmill.. ikon Netherlands

 

singgah kedai souvenir dia, beli la 2 3 biji bunga tulips dibuat dr kayu mmg cantik.

Ok dah… kira-kira 4 or 5 jam jugaklah saya spent kat dalam taman ni. Maybe orang lain maybe sekejap or lagi lama dari saya kot. Overall, saya puas hati dah bila dapat sampai sini, dengan pulak cuaca menyebelahi saya. Alhamdulillah…

Sape-sape yang nak datang… enjoy yourself okeh!

sampai rumah zul awal so solat Asar+Zuhur dan makan roti lagi utk dinner dan rest sbb x cukup rest dr semalam naik bas terus ke Keukenhof kan..Badan nak guna lama so rehat secukupnya..jgn di paksa hehe.. sbb Zul pelik kenapa saya balik awal..haha

NEXT EXPLORE AMSTERDAM