Munich City Centre

Munich City

Bismillahirahmanirahim

Munich merupakan ibukota dari negara bahagian Bavaria, German. Nama asal kota ini bagi warga German sebenarnya bukanlah Munich tapi München. Namun kerana penduduk di luar German susah untuk menyebut München, jadilah diciptakan nama baru untuk memudahkan iaitu Munich. Munich merupakan kota terbesar ketiga di German setelah Berlin dan Hamburg. Kota ini memiliki slogan yang menarik iaitu München mag dich yang berarti Munich mencintaimu. So sweet..Ianya terletak di selatan Germany dan merupakan tempat famous dengan BMW, FC Bayern dan juga OktoberFest. Disini  juga ada banyak bangunan bersejarah dan taman bunga. Dan dari sini boleh ke Austria…kerana ianya bersempadan dengan Austria.

Lepas solat subuh, Munirah masak breakfast dan sambil tu bincang itinerary utk hari ni, Munirah ajar saya serba sedikit cara untuk ke tempat² yang saya nk terjah hari ni..lepas breakfast kami gerak ke REWE (mcm tesco) betul² depan apartment je..beli makanan skit utk saya nanti..belek² coklat spot ritter..wahhh murahnya..kat sini mmg no plastic bag, so beli barang semua kena bwk green bag..kebanyakan di negara Eropah mengamalkan Kitar semula.. kat Malaysia, bila suruh bayar 20sen tuk plastik bag, terus masuk TV3 suku membantah..lucu..lepas beli belah skit²..saya ke mula bergerak naik bas untuk naik tren ke bandar Munich, Munirah ke University dia..

ok ni itinerary hari ni

sekali lagi saya tunjukkan maps public transport di Munich..Plan saya hari ni nak ke Marienplatz, so saya dr U-Bahn Garching station U6 line biru pekat tu, x perlu tukar mana² station sbb terus ke Marienplatz. So saya beli tiket one day pass 6.5 euro unlimited utk sehari ni. beli di machine je pun boleh

 

make sure lepas beli tiket tu sebelum masuk tren sahkan tiket tadi tu..cari validating machine kecik cam kat atas ni..klu x validate, klu staff check mmg kena denda..Sepanjang saya naik train kat Germany ni, orang kata tiket tu hanya cukupkan syarat je nak kata kita ni seorang yang jujur. Saya perasan, takde pun pegawai yang datang check tiket.

setiap kali lalu Allianz Arena je cam urut dada bersabar..last day kat munich akan ku pergi jua..wishlist gak ni..

sampai kat Station Marienplatz, wahh cantiknya terowong bwh tanah dia..

kat sini kakak cantik berkasut tumit tinggi pun naik basikal tau..cuaca hari ni x sejuk sangat sekitar 14-25 dcelcius, dengan matahari cantik..so 2 lapis je la baju drp 3 lapis..lagipun badan da mula boleh adapt dgn suhu sejuk. masa mula2 sampai dulu tido berbungkus..

 

keluar je station terus sampai Marienplatz. Marienplatz ataupun Mary’s Square merupakan central square yang terletak di tengah-tengah bandar Munich dan telah ada sejak tahun 1158. Melaka pun tak wujud lagi time tu. Ahaks. Melaka wujud tahun 1511. Sampai je dataran City new ni, nampak org berkumpul , rupanya ada pertunjukan patung2 tu berdansa hehe..Internet on off sbb guna feee wifi kan..x boleh jadi ni..nampak kedai vodafone..masuk terus beli simkad..terbang 20euro..mmg manusia x le hidup tanpa internet..huhu..

jalan jalan lagi sekitar situ, nampak Bayern Munich fan shop..hahaapa lagi masuk terus tanpa pikir..rembat satu muffler, 10 euro..yay..

lepas bayar, keluar je pintu shop punya la ramai sekumpulan fan fanatik Bayern berarak menyanyi lagu depa, rupanya petang ni ada Games kat Allianz Arena, so awal2 lagi depa da berkumpul..terasa meriah , best betul..feefeeling gituhhhh…

 

    

Fish Fountain berdekatan juga dengan Marienplatz..berhenti lepak kat sini jap lunch roti yang beli tadi. Makan bukan subjek utama saya bila travel sbb sa x kesah pasal makan as long as saya dapat berjalan dan perut terisi cukup..ada orang travel suka shopping atau food hunting.. ikut masing² pyer cara..sepanjang kat sini straberry mmg buah wajib yang saya akan beli sbb muraaaaaah..2 box tu baru 3euro camtu..

Tips: Jangan beli souvenirs kat kiosk yang ade kat sini sebab memang mahal, try beli kat area kedai-kedai kat bawah train station. Boleh dapat lagi murah. Tapi saya x beli pun.

  Next ke BMW Welt (yang ni masuk free) kalau yang Muzium dia depan je kena bayar, so saya pilih yang free..saje nk tgk kereta² mewah BMW ni..semasa buat itinerary saya da study dulu tempat² yg kita nak pergi, kalau boleh dlm satu hari pergi yg berdekatan dengan jarak² yg x ambil masa terlalu lama..so bila da sampai sini jadi mudah, follow je itinerary tu..so dari Marienplatz station naik tren line oren U3 nak ke Olympia Zentrum sbb BMW tu dekat je dengan olympicpark..turun tren terus tesergam bangunan BMW tu..design bangunan dia perghhh..

 

cute kan BMW Classic.. dia meronda berpusing2 kat perkarangan bangunan..

Motor BMW

lepas sejam lebih di BMW Welt ni, keluar jalan skit terus ke Olympic Park, kawasan ni cam kawasan beridah, bersukan camtu..petang2 mmg ramai la orang..

da jalan2 bergerak ke Deutched Museum, so sesiapa yg nak tahu sejarah german, masuk la muzium ni..saya x masuk sbb berbayar haha..saje lalu sbb dia berdekatan dengan surau untuk saya solat.

 Guna je kekdah apps ‘Muslim Pro’ search ‘Mosque’ nnt dia bg pilihan pilih je mana yg terdekat then google maps..

ini salah satu surau yg ada di bandar Munich..kena tanya orang sbb mmg x perasan sbb dia share dengan bangunan lain..

sepanjang nak ke surau, mmg melambak kedai arab, pilih je mana nak..lepas solat jama’, saya bergerak ke kedai turkey, apa lagi kebab je la hehe.. depa ni mmg harian roti je eh..makan la nasi ke apa..huhu..lepas makan tgk jam cam ada masa lagi ni, baru kul 4 ptg, so google dan google, pg tadi munirah ada kata g la English Garden, so google maps..so kena naik bas ke sana..berbaloi sbb cantik…

lepas jalan2 kat English Garden ni, naik bas semula untuk ke Metro Train..sampai di station Marienplatz, tunggu tren, jam da kul 6.30pm , tren sepenuh2nya sbb fan Bayern Munich da mula gerak ke stadium..meriah giler bergendang2 dalam tren menyanyi2..depa ni fanatik giler..haha comel je..so oleh kerana penuh je tren saya tunggu je sbb dun worry tren dia setiap 5 minit sampai..rasanya hampir 7 tren saya lepaskan sbb penuh sgt..so bukak bag, makan baki kebab tadi sambil tgk karenah depa2 ni..menyeronokkan …

Tips: Kasut tersangat la penting bila travel lagi2 jarak jauh..make sure kasut tu kita da berbulan2 pakai dan kita selesa. If kaki x selesa or sakit mmg mood nak berjalan pun x de so rugi sayaaaaaang oiiii..x yah nk bermak datin bertumit tinggi tuk travel.. mmg jauh la ko tertinggal.. orang da sampai spain. Ko tercicir kat paris lagi..even aku pakai sport shoes pun tertinggal nok..cume jarak 5 meter je dr host haha..#kasutburukkuyangsangatselesa

nampak tak penuh tren..so bila cam da lama sgt , saya naik gak tren tp x de penuh n riuh rendah sgt..hehe..best2.. sampai Garching naik bas ke apartment Munirah..sampai2 Munirah ajak makan, lepas makan dan solat..saya tidur sbb penat sgt lagipun x nak ganggu Munirah study..

What a day..penat giler..hehe..

zzzzz

NEXT AMAZING VIEW AT BERCHTESGADEN