Lokasi percutian : Koh Lipe Thailand & Langkawi Malaysia.
Nak kongsi sedikit pengalaman secara solo ke Koh lipe
Bagi pencinta pulau dan laut, Koh Lipe wajib ada dalam travel list anda! Maldive Of Thailand
Ada 3 musim utk ke sini:
1. Low Season: Mei – Okt
Untuk musim low season ni, perjalanan dari Jeti Langkawi <-> Jeti Koh Lipe ditutup kerana ombak terlalu kuat & tinggi.
Kalau nk g boleh dr Pak Bara Thailand..sila gugel
2. High Season: Nov, Mac, Apr
Musim boleh dikatakan juga terbaik, tidak terlalu bosan dan tidak terlalu padat. Yang tak suka padat dan ramai, boleh pergi bulan ini.
3. Peak Season: Dis – Feb
Jika berhasrat untuk pergi semasa Peak Season, book hotel & boat seawal yang mungkin.
Bajet:
1. Flight AAsia Return : RM82.23
2. Bas KL Sentral-KLIA2 Return : RM24
3. Penginapan Lipe Hostel : RM174.34 (Agoda)
4. Penginapan Langkawi Pantai Cenang : Rm56 (Agoda)
(penginapan ni boleh bahagi 2 klu pergi 2 org boleh jimat)
5. Ferri Return Koh Lipe -Langkawi : RM195 (Contact Afendi GlobalBiz Asia +6013-531 3814)
6. Snorkeling Koh Lipe : RM70.00
7. Entrance Fee National Park RM24.00
8. Sewa Kereta Langkawi+Minyak : RM90 (Contact En Zuhri +6013-719 0881)
9. Tiket 4 in 1 Cabel Car+Skydome+6D+3D Art : RM38 ( beli online di11 street)
Total ceria exclude makan n shopping : RM942.29 (details boleh lihat Itinerary picture di bawah sekali)
Day 1
• Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi
• Ferry from Jetty Kuah to Koh Lipe (Return) – Tiket feri boleh beli dari Encik Afendi contact no. Whatsapp : +6013-531 3814 GlobalBiz Asia , naik di jetty Kuah
* sangat² trusted dan baik, book tiket bayar deposit RM50 je dulu, balance bayar masa hari kejadian .
* Setiap hari hanya ada dua trip sahaja pukul : 9.30am & 2pm naik di jetty kuah
* 1jam 30minit perjalanan
* Ferry tak boleh sampai terus ke pantai, semua akan ditransfer ke pantai guna long tail boat
* Collect passport dekat ofis Bundhaya Resort dan settle imigresen thailand
* Simpan tiket ni baik² ada pulau yang nak tengok tiket national park ni, please bawak kalau pergi island hoping, kalau tak kena bayar lagi 200baht sentiasa bawak tiket tu pergi mana kalau boleh, valid tiket 5hari saja
• Lunch di bilik je – maggie cup bwk dr Mesia sbb malas nk kuar sebab letih kul 3 pg da ada kat KLIA2
• Lepak di pantai layan Sunset/ dan makan malam jalan di Koh Lipe Waking Street. Banyak kedai makan halal kat sini..tengah² jalan nanti ada yg bagi salam..cute je..Walking Street cam pekan kecik yg semuanya ada kat sini..Hospital Mini pun kat sini..
• Ko Lipe ni kecil je..boleh jalan je da setel satu pulau..tapi kalau malas boleh naik teksi..teksi dia cam beca versi motor tu..
Day 2 (Snorkeling)
* Lepas solat subuh layan Sunrise..Subhannallah cantiknya..berderet manusia kat tepi pantai nk tgk awesomenya ciptaan ALLAH..
* Snorkeling time- Saya beli pakej trip snorkeling ni masa check in hostel semalam. staf situ uruskan.. hulur duit je..pakej kebanyakan sama je dengan pakej² dari company lain..kalau jalan dekat walking street melambak kedai² yg buat pakej2 snorkeling ni..pilih je..saya amek pakej 5 pulau ..tu pun cam penatnya..
* Include all equipment
* trip start pukul 9.30am smpai 4.30pm
* Lunch disediakan
* Air mineral dan buah buahan
dekat Koh lipe ni point² snorkeling more kecantikan coral dia..memang coral dia superb..
* malam g jalan² walking street lagi cari tomyam plak..saya da x igt nama kedai tapi masakan depa ni mmg sedap gils..
Day 3.
* Kemas² nak balik ke Langkawi..Feri jam 10.30 tapi kul 9 da kena check in kat imigresen..Hujan selebatnya..so ombak besar..Feri delay..jam 12 baru gerak dari Koh Lipe..
* Sampai Langkawi jam 3 perut da menangis² minta di isi..lepas amik kereta sewa di jeti Kuah..gerak ke Komplek Haji Ismail Group cari coklat..(kereta Sewa Encik Zuri 0107960881)- eceli saya plan nk sewa motor je sbb sorg je kan tapi bila tgk cuaca hujan…terus amek viva ..dalam feri baru call En zuri..if ada kereta sewa..Alhamdulillah rezeki ada.
* makan di pekan kuah sbb da x mampu nak tunggu dinner di pantai chenang..
* Petang lepak di Pantai Chenang..Ya ALLAH da lama x ke sini..pekan dia da meriah sakan..x sunyi..
* Check In Bilik Hostel..tiduzz
Day 4 (Langkawi)
* Pepagi check out dan breakfast kat nasi Dagang Pak Malau.
* Ke Cabel Car Langkawi naik sampai ke top dan layan jalan di bridge. Hujan renyai²..Cabel Car ni kalau hujan dia boleh RUN lagi tapi kalau angin kuat mmg dia akan tutup..
* lepas layan aktiviti di langkawi Cabel Car..lunch laksa di pantai airport..
* Sampai rumah kul 8 mlm
OK esok kerja..
Life is always better at the beach.